Tuesday, August 18, 2009

Penat Dibahu Hilang Selamanya??..

Penat Dibahu Hilang Selamanya?
Tarikh keramat akhirnya timbul jua
Tarikh yang selama ini menjadi igauan setiap ahli
Berlalu pergi meninggalkan kesan
Hati tertanya penatkah diri ini?
Namun ia tetap membisu walaupun ditanya

16/08/2009 tarikh keramat tersebut
Tarikh dimana semua orang bersatu
Bersatu dalam melaksanakan setiap tugas
Tanpa mengira agama,bangsa,umur & latar belakang
Semuanya seiring berjalan melaksanakan tugas
Itu lah SATU MALAYSIA namanya
Tugas yang pada mulanya agak berat untuk dilaksanakan
Menjadi mudah apabila dilakukan bersama
Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing
Begitu tepat menggambarkan setiap dari kami
Yang bagi aku sungguh istimewa apabila difikirkan

Ketika diri ini mendengar lagu
We’re the Champions
Seolah-olah menggambarkan aku disaat ini
Aku tergelak sendirian mendengar lagu ini
Ia bagaikan mengerti diri ini sedang menulis
Untuk menggambarkan kesemua sahabat
Yang mengikuti program JOM MASUK KAMPUNG
Perasaan penat seolah-olah lenyap apabila terkenangkan
Kegembiraan rakan
Kepuasan mereka
Rasa bersyukur
Dan sebagainya.

Suatu pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila
Tidak ada cacat celanya bagi aku apabila memikirkannya
Hanya kepuasan menjayakannya jelas terpancar
Walaupun muka dimamah kepenatan
Namun hati ini gembira selalu
Dan bangga menjadi sebahagian ahli program
JOM MASUK KAMPUNG


amr7
august 18/2009

Tuesday, August 11, 2009

berlari mengikut rentak?

Aku berlari dari suatu tempat ke suatu tempat...
Aku berlari tanpa arah tujuan...
Mulanya aku memikirkan...
Apa salahnya jika aku berlari...
Walaupun kehujung dunia aku berlari...
Namun jika aku tidak mempunyai tujuan...
Aku boleh berlari kemana sahaja...
Adakah ini dikatakan larian mengikut rentak???...
Ataupun sebagai satu naskah kosong???...
Apakah rentak itu perlu???...
Itu yang memeningkan kepalakuAku bingung jika tidak befikir
Aku geram jika kebingungan
Namun aku berlariBerlari mengikut rentak kakiku
Mengapa????...
Mengapa aku berkata sedemikaian rupa????..
Kerana aku percaya apa yang aku mahukan...
Aku percaya itu destinasiku...
Aku percaya itu kemahuanku
Aku percaya itu pilihanku
Jadi aku berlari
Berlari mengikut rentakku
Rentak yang aku rencanakan...
Akan aku jumpa apa yang aku inginkan...

Amr7August 8,2009