Wednesday, September 22, 2010

Mengapa Itu, Mengapa Ini???

Keserabutan yang membuak-buak acapkali menghantui diri si amor berbulan-bulan.Ia datang ketika diri masih belum bersedia dengan segala yang berlaku.Dari pagi hingga ke pagi semula, ada sahaja yang perlu dilakukan.Memang mental dibuatnya tapi itu sebenarnya realiti kehidupan diri si amor yang berada di tahap terbaik dari ladang.

Bekerja dibawah tekanan sememangnya menyebabkan seseorang mental berminggu-minggu, berbulan-bulan dan ada juga bertahun-tahun.Ada juga yang meraung tanda suka.Bukan gelak tetapi meraung???.Macam mana pula tu??Adakah anda meraung tanda kegembiraan apabila bekerja dibawah tekanan???Percaya saya..Ia sememangnya sesuatu yang terbaikkkk...

Seronok sebenarnya kerana ada sahaja benda yang perlu dilakukan, tambahan pula ia sememangnya merupakan bidang yang kita minat dan apabila membabitkan minat terlampau mendalam maka secara tidak langsung kepakaran terhadap sesuatu benda itu akan datang tanpa kita sedari.Kedatangannya membuatkan kita gembira yang teramat.Itu saya pasti.

Ada pekara menjadi tanggungjawab kita dan ada pekara yang tidak menjadi tanggungjawab kita.Bagaimana pula tu???...Pekara yang menjadi tanggungjawab kita sudah pasti kerja yang diberikan kepada kita dan kita wajib untuk melakukannya dan begitu juga sebaliknya...Tetapi kedua-duanya tetap yang terbaik untuk kita hasilkan keserabutan yang membuak-buak.Ia tetap sesuatu yang sempoi dan cool.

Mengapa itu???Mengapa ini??? sememangnya berlaku dan berlari-lari di dalam benak kepala keserabutan kita sedangkan bukan soalan itu yang kita pinta.Ia datang tanpa kita sedari.Menjadi lumrah manusia untuk bertanya setiap pekara yang berlaku saban hari tetapi wajibkah kita untuk menjawabnya???.

Jika soalan itu datang dari diri sendiri, biarkan ia sentiasa tertanya-tanya kerana persoalan yang tidak terjawab mampu membangkitkan otak kita dari lena kealpaan.Tetapi jika soalan itu datang dari mereka yang kita gelar sebagai manusia, jawablah dengan sejujur yang mungkin...

Bagaimana pula jika kita tidak menjawab dengan jujur soalan yang ditanya????.Ia bukan persoalan yang perlu saya jawab kerana ia sebenarnya terpulang kepada diri anda sendiri.Anda berhak menentukan samada anda perlu atau tidak menjawab soalan yang ditanya oleh mereka yang bertanya...

Agak keserabutan berlaku di dalam apa yang dibicarakan di sini tetapi itulah lumrah kita yang sebenar.Perasaan ingin tahu senantiasa berlaku walaupun diri bukanlah seorang yang memikirkan permasalahan orang lain.Namun ia tetap berlaku tanpa dipinta dan kita tidak meragui tentang itu.

Percaya atau tidak, anda tentukannya!!!.Jika anda mempunyai penyelesaian mengenai apa yang diutarakan maka anda sememangnya terbaikkkk...

Tatkala diri tengah melayan lagu Bob marley-Don't worry be happy, keserabutan tetap datang tanpa dipinta.Itulah lumrah manusia yang seronok dilanda keserabutan.Apabila keserabutan melanda otak berbulan-bulan maka ia menyebabkan kita matang dalam sekelip mata.Adakah ia benar???.Bagi saya, kemungkinan untuk berlaku itu betul...Tetapi anda???..Anda tentukannya kerana keinginan saya tika ini hanya ingin melayan lagu Bob Marley ditambah pula lagu Alleycat.Ia tetap menjadi sesuatu yang lazat pada waktu dan ketika ini serta tidak dilupai, ia tetap yang terbaikkkk!!!


p/s: Entri ke-100 yang meninggalkan banyak persoalan...Tetapi keserabutan yang berlaku tetap bukan kita pinta.



Ammar Afandi