Monday, October 4, 2010

Tips menangani tekanan kerja!!!


Tekanan yang melampau seringkali menyebabkan manusia mengalami mental berbulan-bulan.Bukan sengaja untuk aku berkata sedemikian rupa tetapi ini sebenarnya hakikat yang perlu kita akui.Siapa suka tekanan?."Kata sahabat "hidup kalau ada tekanan memang bosan, hari2 kita berasa stress berbulan-bulan" katanya.

Ada juga sahabat yang berkata "tekanan ini sebenarnya antara salah satu alat yang mematangkan.Bila ada tekanan baru kerja jalan.Jika tiada tekanan mesti setiap pekara akan dibuat sambil lewa dan sudah pasti satu kerja pun tak siap" kata seorang sahabat dengan panjang jelanya.

Aku suka mendengar kisah rakan-rakan mengenai hidup,konflik,tekanan dan sebagainya kerana mudah bagi aku untuk membuat analisis mengenai apa yang aku pelajari.Kata orang jika apa yang kita belajar diaplikasikan maka tahap kefahaman akan menjadi tinggi.Tetapi tak bermakna aku cuba menelanjangkan segala macam kisah rakan2 baik aku.Ia sekadar berkongsi dengan anda.

Berbalik kepada tekanan melampau tersebut.Benarkah apa yang diungkapkan mereka?.Setengah orang tidak gemar dengan tekanan.Jika tekanan tidak diurus dengan baik mampu meninggalkan kesan yang melampau.Kesannya di sini sudah pasti negatif dari positif.Konflik dengan diri iaitu konflik intrapersonal dan juga dengan orang lain iaitu konflik interpersonal pasti berlaku.

Namun, bagaimana yang menganggap tekanan itu sesuatu yang terbaik?Adakah aku menyokong fakta ini?.Yup!!!.Memang aku tak nafikan bahawa aku menyokong kenyataan sahabat ini kerana tekanan mampu memotivasikan diri.Bukan disebabkan aku suka kerja yang memberi tekanan tetapi ia sebenarnya disebabkan kita ingin mencabar diri.

Sebagai contoh kita mendapat arahan untuk melakukan kerja pada last minute, sudah pasti perasaan geram menyelubungi jiwa kerana tugasan2 sebegitu harus diberikan masa yang cukup dan bukannya pada last minute.

Bagaimana pula dengan pelajar yang melakukan tugasan pada last minute?.hehehe.Itu sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai tekanan kerana masalah tersebut sudah pasti berpunca dari diri sendiri.Masa yang diberi disia-siakan hanya ingin menonton cerita korean.(itu bukan aku).Namun jika tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang direka sendiri, sudah pasti tekanan paling melampau akan dihadapi...hehehe..Itu aku pasti!!!..

......................................

Bagi aku, tekanan melampau itu perlu supaya kita dapat mencabar diri sendiri tetapi jika sampai satu tahap ia perlu dielakkan maka langkah yang bijak adalah dengan cuba mengurangkan tekanan melampau tersebut.Kita juga manusia biasa yang lelah dalam hal-hal pelbagai tetapi apa salahnya jika tekanan melampau tersebut dicabar kerana apabila kita dapat menghadapinya dengan minda yang terbuka maka tahap kepuasan yang dicari akan memberikan segala nikmat.Itu aku pasti.!!!!

Beberapa hari lalu, aku berkesempatan menghadiri sambutan Aildilfitri peringkat negeri yang dianjurkan Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional,Kedah.Setiap aktiviti-aktiviti sebegini senantiasa mendapat perhatian agensi-agensi kerajaan mahupun swasta.Pelbagai gerai pameran yang menjadi tumpuan aku.Antaranya dari arkib,maxis,celcom,jabatan penjara,PDRM,Jabatan tenaga kerja,bomba dan beberapa lagi.Sudah pasti browsur percuma diberikan dan antara browsur yang menarik minat aku adalah mengenai panduan menanggani tekanan ditempat kerja

Disebabkan entri pada kali ini adalah berkaitan tekanan melampau, sudah pasti aku ingin berkongsi beberapa tips untuk mengelakkan tekanan atau menghadapi tekanan ditempat kerja.Namun begitu, ia juga boleh dijadikan rujukan kepada golongan pelajar.

........................



Menurut Jabatan Tenanga Kerja, suasana kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.Jika tekanan yang diberikan berlebihan, ia mampu memberikan kesan negatif kepada mental dan emosi.Tanda2 mereka yang mendapat tekanan kerja yang melampau adalah seperti bersikap ganas(panas baran), gelisah, gangguan selera makan, gangguan tidur, hilang tumpuan dan motivasi, kemurungan, kerisauan yang berlebihan,lesu dan senantiasa berada dalam keadaan bersalah.

7 langkah bagi menangani tekanan kerja:

a)Bersikap realisitik terhadap pekerjaan anda.-Di sini,anda perlulah sentiasa bersikap positif dan melakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.Paling terpenting di sini adalah anda perlu rasa enjoy semasa melakukan kerja.

b)Rancang kerja anda-Di sini kita dapat lihat bahawa bagaimana planning mampu memberi kesan kepada anda.Planning yang baik akan mengurangkan tekanan yang dihadapi dan JANGAN bertangguh kerja.

c)Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah-Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelasaian secara sistematik

d)Mempunyai sikap yang betul-Perlu terbuka,bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

e)Amalkan komunikasi berkesan-Luahkan pendapat anda secara sopan,tegas dan jelas dan yang paling penting adalah hormati pandangan rakan sekerja.

f)Tingkatkan hubungan sosial ditempat kerja-Hubungan persahabatan penting kerana kita dapat berkongsi masalah dihadapi dan secara tidak langsung tekanan kerja dapat dikurangkan.

g)Amalkan cara hidup sihat


sumber:Jabatan Tenaga Kerja


.............................

Seperti yang kita bincangkan sebelum ini bahawa tekanan sebenarnya boleh kita pecahkan kepada dua iaitu positif dan negatif.Tekanan yang baik sebenarnya ada kebaikannya yang tersendiri dan yang paling penting di sini adalah elakkan tekanan negatif kerana ia mampu membuat anda mental berbulan-bulan....


p/s: Kepuasan yang terbaik apabila dapat menulis pekara yang kita minat seperti bidang2 komunikasi,hal2 berkaitan organisasi,konflik dan segala macam bidang komunikasi.Entri terpanjang rasanya dan hopefully ia sedikit sebanyak membantu anda...



Ammar Afandi