Tuesday, November 16, 2010

Banyak laman web yang mengambil upah buat assignment?.

Mood semalam sememangnya terbaik.Apabila mood terbaik, dapat pulak cerita yang terbaik.hehehe.

Semalam akhbar kosmo mendedahkan bahawa pelajar2 Australia sering menggunakan laman web perkhidmatan membuat assignment untuk setiap assignment mereka.Mereka menghantar tugasan dan kerja rumah kenegara-negara seperti India, Pakistan dan mesir.Kos upah bagi setiap tugasan pula serendah USD 2.(Hanya pelajar Australia sajakah???).Menurut apa yang dipaparkan di dalam akhbar tersebut, mereka yang menghantar tugasan tersebut terdiri dari pelajar USA, UK dan beberapa lagi negara.

1 upah tugasan bernilai:
USD 2=RM 6.OO lebey.(Kenapa, tak percaya ka???)hehehe

Bagi melihat artikel penuh, aku cadangkan korang melihat akhbar online kosmo.Lihat arkib berita dan letakkan tarikh semalam iaitu 15/11/2010.Sila lihat dibahagian:

DUNIA

Laman web tawar upah buat tugasan, kerja rumah AS$2


.........................

Aku tidak mempunyai komen mengenai hal ini kerana ia sememangnya menjadi fenomena pada ketika dan waktu ini.Kecanggihan teknologi semakin berkembang dan pekara-pekara seperti ini sememangnya tidak dapat dihindari.Apa yang menariknya adalah individu yang menyiapkan tugasan2 tersebut adalah terdiri dari mereka yang mempunyai latarbelakang Master.Jenis-jenis tugasan yang diterima pula adalah seperti tugasan biasa hinggalah kepada thesis dan sebagainya.Super cool kan??hehehe.

Kebimbangan disuarakan oleh pihak pengurusan akademik kerana secara tak langsung kualiti seorang pelajar akan dipertikaikan.(Dulu ada budaya COPY & PASTE, sekarang lagi advance).

Seperti yang aku katakan tadi bahawa aku tidak mempunyai komen tetapi bagi aku yang juga seorang pelajar, aku merasakan kepuasan seseorang itu ke atas tugasan yang dibuat sendiri adalah begitu sempoi dan terbaik berbanding tugasan yang diupah.Hal ini kerana tugasan yang diupah tidak menunjukkan kematangan seseorang itu berbanding yang dibuat sendiri.Pendek kata kepuasan terhadap tugasan yang dibuat sendiri adalah terbaik berbanding yang diupah.Tepuk dada tanya selera.


p/s: Jika korang nak link atau laman web yang mengambil upah assignment tu, korang boleh lihat dikosmo.Link tu tiada di sini...hehehehe


Sumber gambar: Kosmo