Wednesday, June 15, 2011

Never ever say no!

Yupppp...
my soul, my passion
senantiasa menjadi keutamaan
tak pernah menyesal
namun kekesalan tetap ada
lumrah manusia yang paling hakiki

waktu otak digigit ketakutan
terdapat pelbagai tafsiran
persepsi kuat berlari membingitkan otak
adakah aku sedey melampau...
atau hangin melampau
segalanya terjawab dalam satu kekesalan

tiada siapa perlu dipersalahkan
diri sendiri tahu cerita sebenar
apa yang pasti, ia terus bangkit
kegagalan sekarang lebih baik
dari kegagalan pada masa hadapan....

tenangkan diri seketika
fahami diri seketika
muhasabah diri seketika
akan aku bangkit
dan terus bangkit

sesungguhnya ia adalah permulaan
kepada sesuatu yang hebat
cuba,cuba dan terus mencuba
kerna itu tugas manusia yang berani mencuba
kerana mereka tiada mengharap
sesuatu yang mudah mahupun percuma
bukan aku jika perlu simpati

yang paling penting
never ever say NO!!!
keep my words...
FRENZO