Thursday, September 29, 2011

Memang mudah...

Memang mudah bercakap...
Memang mudah bermadah...
Memang mudah memberi arahan...
Memang mudah tunjuk-tunjuk jari...
Memang mudah memberi pendapat...
Tetapi...
Jika tiada tindakan dilakukan...
Apa yang mudah tetap menjadi susah...

What make you happy?

me???
i do love painting...

Tuesday, September 27, 2011

TBBT & HIMYM is back!!!

Yes my frenz.Both series is back.It was awesome.Finally my life is back to normal.hahaha.People who read my blog will know how much i love this series.Who cares about other thing when you had your own life back.

Kegilaan aku dengan TBBT memang ternyata jelas.Series yang simple dan tidak membuatkan kita penat memikirkan pekara yang bakal terjadi seterusnya.Apa-apa pun ia tetap sesuatu yang lazat.



HIMYM memang aku follow dah lama.Sama mcm Chuck yang aku follow sampai season 4.Series ni dah sampai season 7 dan sampai sekarang pon masih tak jumpak emak kepada anak2 si Ted tue.Rumors kata season nie last dan maybe si emak tue finally appears.Apa2 pon aku mengharapkan season last nie meninggalkan kesan yang terbaik kepada fans.

Monday, September 26, 2011

Tiada Tajuk...

Hari ini, aku lebey selesa membiarkan jari jemari menari mengikut rentak lagu yang sedang aku layan.Bob marley, Train, Coldplay, Maliq d'essential, Tompi, Ninna zilli, Liyana fizi,Kerispatih dan beberapa lagi nama sedang asyik mengegarkan kepala otak yang mencari ilham menyiapkan pekara yang semakin bertimbun.Yup, aku suka pelbagai genre muzik sambil melayan mood yang tidak menentu.

Sudah pasti kopi pekat yang begitu memikat senantiasa menemani aku tatkala malam semakin hening dan sunyi.Kata sahabat aku gila kerana ketagih kopi yang melampau.Tapi bagi aku jangan aku ketagih pekara yang memudaratkan sudahlah.As long aku enjoys, it should be fine.hehehe.

Pekara menarik berlaku.Tapi aku malas nak cerita kerana keberangkalian aku merasa geram adalah tinggi dan memandangkan kesihatan tidak mengizinkan jadi aku abaikan pekara yang satu ini.Abaikan pekara mampu mengurangkan tekanan.Bukan bermaksud kita lari dari masalah tetapi ia konsep untuk tidak mahu menambah banyak masalah.Sejujurnya aku mesti abaikan.Sigh...

Menjadi baik sebenarnya lebey susah dari menjadi jahat.Ada sahaja pekara yang jahat datang entah dari mana mengekori tanpa kita pinta tetapi kalau niat kita telah dibulatkan, aku pasti pekara lain tidak mampu menganggu.

Bercakap mengenai Manchester United.Yup, ramai yang ketawa kerana Man Utd seri buat pertama kalinya dalam EPL.Tetapi ia sebenarnya tidak menganggugugat prestasi keseluruhan Man Utd.Ia hanya permulaan kepada sesuatu yang hebat.Aku mempunyai satu koleksi kisah sejarah United semasa kemalangan di Munich.Ia merupakan satu kisah hebat yang tidak terdapat di kelab lain.We are not arrogant but just better.

Bercakap mulut ke mulut memang merupakan komunikasi yang hebat.Kesannya ada baik dan ada juga yang buruk.Nasihat aku adalah komunikasi itu meninggalkan kesan.Jadi sebelum kita ingin berkomunikasi, maka fikirkan dulu kesan komunikasi kita ke atas mereka yang akan mendengar.Keberangkalian kita membuatkan orang mendapat kecelaruan mesej sehinggakan timbulnya konflik adalah tinggi.Melalui media-media sosial juga perlu diberi perhatian.Kita tidak mahu orang yang baik dengan kita selama ini beranggapan buruk kepada kita hanya dengan kecelaruan mesej yang kita sampaikan.

Sudah habis aku berleter pekara-pekara yang entah bermanfaat mahupun tidak.Ia terpulang kepada anda yang menilai.Selagi aku ingin menulis dan meluahkan pandangan, blog ini tetap dibuka untuk tatapan sahabat dan anda sekalian.Usah risau, ia bukanlah yang terakhir dari aku.hehehe.

Tiada tajuk.Yup, memang tiada tajuk kerana aku sengaja membiarkan entri ini tidak mempunyai tajuk.Sementara lagu ilhamku berkumandang, aku mengharapkan ilham datang mencurah-curah tetapi aku senantiasa mengingati pesan seorang sahabat baik:

"Ilham akan datang pabila engkau tidak mencarinya"

Wednesday, September 14, 2011