Tuesday, November 22, 2011

They deserved it!!!


Dengan pelbagai dugaan yang senantiasa melingkari perjalanan skuad harimau muda semasa sukan sea ke 26, Malaysia akhirnya berjaya mempertahankan pingat emas yang dimiliki pada tahun 2009.Untuk rekod, kita sudah memenanginya sebanyak lima kali.Kemenangan ini adalah yang keenam untuk Malaysia.

Kemenangan mendebarkan ini sememangnya dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia.Agak terkejut pada permulaan permainan kerana indonesia memperolehi gol awal tetapi kita bangkit dan bermain dengan cara kita serta tidak menggelabah, akhirnya kita berjaya menyamakan kedudukan.Perlawanan terikat dengan 1-1 sehingga membawa sepakan penalti.


*Khairul Fahmi berjaya menafikan tendangan penalti
pemain indonesia*


Penalti diakhir permainan tersebut merupakan detik yang mampu meluruhkan jantung setiap rakyat Malaysia yang menyaksikannya secara langsung.Pada peringkat ini, hanya mentaliti yang kuat membezakan kedua-dua pasukan dan Malaysia akhirnya berjaya memenangi emas didepan 90000 penyokong tuan rumah.Ini adalah detik yang paling terbaik (*dari ladang) selepas atlet kita acapkali diejek oleh penyokong tuan rumah.






Tahniah Harimau muda.Moga kejayaan ini senantiasa panjang dan harapan untuk menyaksikan Malaysia bermain di World Cup bakal tercapai.Aminnn...