Tuesday, December 27, 2011

Padatkan otak seketika# 2


"Shoot for the moon
Even if you miss it,
You will land
among the STARS"


Pendapat/Pandangan @ Opinion: Satu persepsi si Amor...

Pendapat atau Opinion acapkali kita gunakan apabila sesuatu pekara memerlukan proses penyelesaian, penyesuaian mahupun segala bentuk pekara yang memerlukan sebarang pendapat.Pendapat atau opinion yang baik akan dipuji jika ia memberi gambaran dan memberi hasil yang terbaik manakala pendapat yang kurang atau tidak memuaskan akan dipandang serong.

Pendapat yang baik sudah pasti berlandaskan fakta serta pengalaman berbanding memberi pendapat yang hentam kromo.Namun begitu ada sesetengah pendapat hanya akan diterima apabila seseorang itu mempunyai latar belakang yang tinggi walhal pendapat yang sama telah diberi tetapi tidak dipandang hanya kerana dia bukan siapa-siapa.

Ada ketikanya pendapat yang diberikan hanya sekadar pendapat atau pandangan tetapi orang yang menerimanya terus menerima bulat-bulat pendapat tersebut tanpa meneliti dan memikirnya sedalam-dalamnya oleh kerana dia orang yang terpelajar.

Di dalam organisasi, pendapat atau pandangan yang baik adalah apabila pihak atasan memberi peluang kepada kesemua ahli yang berada di dalam organisasi mengemukakan pandangan mahupun idea. Melalui kaedah ini maka memperlihatkan organisasi mempunyai banyak cara untuk mendapatkan idea-idea baru yang lebih segar.Kelangsungan ini perlu diteruskan supaya setiap ahli berasa diri mereka dihargai.Bukan menidakkan kecekapan pihak atasan tetapi percambahan idea melalui kaedah ini dapat memberi peluang ahli-ahli dalam organisasi bertukar pendapat serta pandangan dan secara tidak langsung pelbagai idea dapat dijana dan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak.

Dalam konsep hubungan sosial dikalangan ahli dalam masyarakat seperti sahabat, jika sesuatu pekara tidak mencapai kata putus, maka cara terbaik adalah dengan duduk berbincang serta memberi pandangan dan pendapat.Pasti pelbagai pandangan akan diutarakan dan ada diantaranya boleh bersifat positif mahupun negatif.Apa yang penting adalah kesepakatan dalam sesuatu hubungan amatlah diutamakan.

Konsep yang sama berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah atau ingin mendapatkan pandangan/pendapat dari kalangan ahli keluarga mahupun sahabat handai.Jika kita meminta pendapat/pandangan dari sahabat mahupun ahli keluarga kita yang terdekat, pekara utama yang perlu kita hadapi adalah menerima dengan baik pendapat sebelum memilih yang terbaik.Mendengar secara empati perlu supaya kita mampu memilih pendapat yang terbaik.Jika kesemuanya terbaik, cuba gabungkan atau laksanakan secara berperingkat.Bak kata orang kalau plan A tidak berhasil, kita masih ada plan B, C dan seterusnya.Paling penting di sini adalah kita tidak menidakkan atau memandang rendah pendapat orang lain.Kita perlu mengakui bahawa pada mulanya, kita sendiri yang memerlukan pendapat atau pandangan dari orang lain.

Mengapa aku membebel mengenai pekara-pekara yang melibatkan pendapat/pandangan @ opinion?.Hal ini kerana pada waktu dan ketika ini aku berada di dalam situasi orang yang memberikan pendapat dan ingin mendapatkan pendapat dari orang lain.Selain itu, aku cuba melihat pekara yang berlaku disekitar aku sebagai satu bentuk pembelajaran yang berterusan kerana aku suka melakukan analisis dalam banyak pekara mahupun sudut.Kenapa aku mencoretkan pekara yang melibatkan pendapat di sini?.Hal ini kerana aku ingin mengutip pendapat umum dari kalian secara keseluruhan.Untuk seketika, aku membebel sambil minum kopi terbaik dari ladang...


p/s: Pendapat/pandangan/opinion yang diberikan perlu seiring dengan tindakan.Jangan hanya sekadar memberi pendapat tetapi tindakannya entah kemana.Jangan biar diri dianggap 'cakap tak serupa bikin'.

Monday, December 26, 2011

Stress Management...

KLIK Gambar untuk KEJELASAN.

Thursday, December 8, 2011

Pemalas yang serabut melampau-lampau: Satu kisah dongeng tahap dewa.

Al-kisah nak menyebutkan kisah pada suatu ketika dahulu ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya sangatla rajin yang melampau-lampau dan tidak ada diantara mereka yang jatuh dikategori malas melampau-lampau.Raja membuat pengumuman untuk mencari orang pemalas di negerinya.

Hendak dijadikan cerita semasa perhimpunan bertemu dengan rakyatnya, ada seorang lelaki mengaku.Katanya, "Patik adalah yang paling malas".Raja pun bertanya, "Apa tahap malas kamu".Lalu jawab lelaki tersebut, "kalau patik hendak makan, ada orang suapkan patik".

Tiba-tiba, tidak semena-mena seorang lelaki tampil kehadapan dan berkata, "patik lebih malas lagi dari dia tuanku".Tuanku bertanya kepadanya, "Tahap mana kemalasan kamu?". Maka jawabnya, "Kalau patik makan, ada orang tolong kunyahkan".

Raja duduk terdiam seketika tetapi tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata "Patik adalah paling pemalas dan kemalasan patik berada pada tahap tertinggi sehingga mengakibatkan serabut yang melampau-lampau.Raja bertanya, "Bagaimana pula tahap malas kamu wahai anak kecil?".Budak itu menjawab dengan selamba, "Nak cerita pun malas".

p/s: Banyak kali dah aku baca cerita nie.Still sempoi dan sangat mendalam kalau kita lihat dari persepsi yang berbeza.