Monday, January 30, 2012

Ungkapan itu...

Dia
mengharapkan aku mengungkapkan
ungkapan yang indah
memberinya semangat
memberinya inspirasi
memberinya motivasi

Namun
apakan daya
mulutku terkunci
tidak terdaya membuka
walau dipaksa berjuta kali
walau disuap sesuatu yang enak
walau dipinta bagai nak gila
Ia tetap mengunci
tanpa aku pinta

Salahkan aku
kejilah aku
hinalah aku
jika itu bisa menggembirakan hati nan sepi
kerna ungkapan itu
tetap terkunci tanpa kau pinta....

Monday, January 16, 2012

Hidup mesti positif...




Positif.Yes!!!.Hidup yang ceria dan sempurna ialah apabila kita sering positif dalam melakukan setiap pekerjaan kita, berfikiran positif tanpa mempunyai sebarang persepsi negatif dan semua pekara yang berlaku dalam hidup kita, kita mesti positif.

Tidak salah jika kekadang ada perasaan negatif menghantui kita tetapi apa salahnya jika negatif itu bertukar menjadi positif.Contoh yang mudah apabila kita mempunyai sedikit perasaan cemburu yang menghantui kita akibat dari pekara2 yang membuatkan kita kebelakang tetapi jika cemburu itu kita cuba positifkan maka ia menjadi sesuatu yang baik untuk diri kita dengan menganggap ia hanya merupakan satu persaingan sihat sesama kita.

Orang yang positif lebih menghargai apa yang dimilikinya sekarang dan cuba untuk mempertingkatkan dirinya keperingkat yang lebih tinggi dan menghadapi setiap pekara secara relax dan supercool.Orang bersifat negatif lebih melihat orang lain sebagai penyebab kepada masalah yang berlaku terhadap dirinya.Namun begitu, beliau tidak sedar bahawa dirinya sendiri merupakan musuh nombor satu.

Untuk entri yang relax dan supercool, aku ingin mengajak rakan-rakan semua lebih bersifat positif dan matang dalam menghadapi setiap pekara dan cuba menganggap setiap masalah sebagai permainan yang menyeronokkan.

Kita mestilah positif dan bersifat lebih menghargai.Aku memetik kata2 Dr Asri iaitu: "bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada".