Wednesday, February 15, 2012

Padatkan otak seketika# 3

PENCIL: I am sorry

ERASER: For what? You didn't do anything wrong

PENCIL: I'm sorry because you get hurt because of me.Whenever i made a mistake, you're always there to erase it.But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.You get smaller and smaller each time.

ERASER: That's true. But i don't really mind.You see, i was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, i know i will be gone & you will replace me with a new one, i am actually happy with my job.So, please stop worrying. I hate seeing you sad.

Funny Cartoon# 6:Kata maluuuuu!!!

Tuesday, February 14, 2012

Fakta# 1: Warren Buffet

Untuk tahun 2012, aku bertekad untuk menghimpun seberapa banyak fakta yang boleh kerana secara jujurnya aku sememangnya menggemari pekara-pekara yang berkaitan fakta, bibliografi dan beberapa lagi terutamanya jika fakta tersebut mampu membuat aku bersemangat serta bermotivasi dan secara tidak langsung hidup aku dipenuhi dengan aura-aura positif.Apabila kita positif maka kita mampu membuatkan orang disekeliling kita turut sama positif.Hopefully, perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Fakta pertama yang ingin dikongsikan adalah mengenai kisah seorang pelabur yang cukup terkenal iaitu Warren Buffet.

Warren Buffet ialah pelabur paling berjaya.Beliau merupakan manusia ketiga terkaya di dunia malah pernah menjadi yang pertama pada suatu ketika dahulu.Dikatakan manusia yang paling puas hati dengan kehidupannya.Gaya hidup yang sederhana yang jarang dimiliki oleh sesiapa pun.Beberapa fakta tentang beliau seperti:

  1. Lahir pada tahun 1930, mula berniaga semasa umur 6 tahun dengan menjual botol coca-cola
  2. mula membeli dan menjual saham pada umur 11 tahun.
  3. membeli estate pada umur 14 tahun dan merasa menyesal kerana merasakan terlalu lambat
  4. menjadi jutawan pada umur 19 dan billionair pada tahun 1990
  5. membeli rumah kecil 3 bilik 50 tahun yang lalu dan masih tinggal dirumah yang sama sehingga sekarang.
  6. merasa puas dengan rumah yang ada tanpa perlu tambahan kerana merasakan segalanya sudah cukup dalam rumah itu untuk keperluan hidupnya.
  7. rumahnya tidak berpagar
  8. sangat mencintai tugasnya menyebabkan dia tidak pernah bersungut tentang tugas.
  9. suka menaiki kenderaan awam
  10. membawa sendiri kereta lamanya tanpa mengupah pemandu.
  11. tidak pernah menaiki jet walaupun mempunyai syarikat jet terbesar di dunia
  12. mempunyai 63 syarikat besar tetapi tidak pernah menelefon para CEO syarikatnya untuk memberi arahan.Arahan yang diberikan hanya sekali setahun bagi membantu target syarikat untuk tahun itu.
  13. Tidak ada mesyuarat dengan para CEO nya.
  14. Hanya ada 2 peraturan diberikan kepada semua pekerjanya.Peraturan no1: Jangan biarkan duit pemegang saham hilang dengan cara apa sekalipun.Peraturan no2 : Jangan lupa peraturan no1.
  15. tidak memiliki kad kredit
  16. tidak memiliki telefon bimbit
  17. Suit yang dipakainya sudah berusia 16 tahun dan menghantarnya sendiri ke kedai dahulu untuk dibetulkan sebab sedikit terkoyak
  18. Pulang kerumah pada waktu petang dan duduk menonton tv sambil makan popcorn bersama isterinya.
  19. tidak ada percutian untuk menenagkan perasaan kerana dia merasakan hidupnya sudah cukup tenang.
  20. memberikan 99% hartanya kepada badan kebajikan terutama kepada yayasan Bill & Melinda gates pada tahun 2010
  21. Kali pertama Bill Gates menemui beliau adalah pada tahun 2006 dirumah Warren.Bill beradang untuk bertemu sekejap sahaja tetapi akhirnya terpukau dengan falsafah hidup Warren dan menghabiskan masa lebih setengah hari dengan warren.Pertemuan itu telah merubah paradigma kehidupannya sendiri.
  22. Tidak memanjakan anak0anaknya yang 3 orang itu dengan warisan harta kerana percaya setiap manusia perlu berusaha untuk hidup.Oleh itu anak-anaknya tidak pun dicatatkan sebagai penerima harta warus yang banyak kerana hampir keseluruhan hartanya sudahpun diwasiatkan untuk badan kebajikan.
  23. Nasihat Warren kepada orang muda: Janganlah membazir duit...

Beberapa fakta menarik: Warren hidupnya tenang kerana dia amat seronok mencari duit tetapi tidak dikuasai duit.Dia seronok melihat orang lain gembira sehinggakan pekerjanya juga seronok bekerja dengannya.Beliau mengeluarkan aura luar biasa untuk diikuti oleh orang lain.Setiausahanya terpaksa menolak apabila Waarren hendak menaikkan gajinya kerana dia juga berasa malu dengan gajinya yang terlalu besar.



p/s:Cilok fakta nie di FB Mr Are le Ap...Thanks bro...Mudah-mudahan hang success dengan perniagaan yg diceburi...