Thursday, April 26, 2012

Please be careful...

Padatkan otak seketika



NEVER LET YOUR FAILURES GET TO YOUR HEART, AND
NEVER LET YOUR SUCCESS GET TO YOUR HEAD












Kebekuan otak melanda melampau-lampau.

Apabila otak sudah malas hendak berfikir, tiadalah idea untuk melakukan sesuatu pekara yang wajib dilakukan oleh kita.Yup pekara itu sememangnya wajib bagi aku.

Bila tahap berfikir dikategorikan sudah tidak mahu untuk berginjak walau sejengkal, datanglah idea atau mood malas yang melampau-lampau.Namun, hati perlu cekal untuk menghadapinya.

Berfikirlah wahai otak.Ya, apa yang perlu difikirkan memandangkan banyak pekara yang perlu diberikan perhatian menggunung.Bagaimana dengan menulis?.Boleh Berfikir?..no no no...Apa pun tak boleh.

Tatkala otak semakin membeku, cara yang terbaikkk adalah tutup komputer dan tidurlah wahai si amor.Abaikan game yang ingin ditonton pagi nie memandangkan waktu tidurmu yang lama sudah bertukar...Yup, i need to sleep.To lolado, gud luck to u...hehehe...


Thursday, April 19, 2012

Fikir sejenak.

Bukan mudah

Entri santai-santai lebih ke arah membincangkan satu isu yang dekat dengan kita iaitu bukan mudah.Bukan mudah untuk aku memikirkan tajuk entri dan bukan mudah untuk aku menghurai serta membincangnya dengan panjang lebar.Yup, bukan mudah.

Bukan mudah untuk kita memahami seseorang itu dan bukan mudah bagi mereka untuk memahami kita.Anda tipu jika mengatakan ia terlalu mudah kerana pasti ada sekelumit zarah mengatakan bukan mudah.

Bukan mudah untuk kita memberi kepercayaan kita kepada orang lain dan bukan mudah mereka memberi kepercayaan kepada kita.Namun apabila kepercayaan telah diberi, sangat mudah kita merosakkan kepercayaan yang diberi.Akhir sekali bukan mudah kepercayaan tersebut akan diberi semula.

Ia sebenarnya membawa kita melihat dalam konteks yang besar serta luas.Sesuatu benda yang kita ingin capai bukan datang bergolek-golek sebaliknya memerlukan pengorbanan yang tinggi.Dalam konteks ini bukan mudah kita ingin menggapainya tetapi apabila sudah tercapai, ia menjadi sangat lazat dan terbaik.Pekara bukan mudah menjadi sangat mudah.Namun, ia menuntut kerja keras yang tinggi.

Bukan mudah untuk kita memarahi orang itu jika tidak bersebab.Pasti ada yang menyakitkan sehinggakan kemarahan timbul sekaligus kita marah meluap-luap.Apabila sudah marah, bukan mudah untuk kita cool down akibat tindakan mereka yang menyakitkan.

Banyak isu berkaitan bukan mudah boleh kita bincangkan namun jika isu ini dapat kita selesaikan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat mudah.