Tuesday, January 7, 2014

#IPersonallyThink

Untuk kesekelian kalinya...wait... nope
untuk ketiga kalinya...
Diri terus melangkah dan melangkah...
Come on You Renato...
Make some noise...







Afdlin Shauki- Waras



Saturday, January 4, 2014

Coret-Coret Januari/2014

Kadang-kadang bila perjalanan kita semakin jauh dan berliku, wajar untuk seketika kita mengambil sedikit masa untuk melihat kembali apa yang telah dilalui, apa yang telah kita hadapi sepanjang perjalanan 27 tahun yang penuh berliku. Usah dilihat angka 27 tahun itu, kerana usia 27 tahun itu hanya permulaan bagi sebuah perjalanan.

Sesekali kepala yang serabut berfikir apa yang ingin dicapai, apa yang diinginkan dan dicita-citakan, apa yang ingin disumbangkan  dan apa yang sudah disumbangkan. Ini semua bermain di dalam benak fikiran yang putar berfikir. Berfikir sejenak mampu membuat diri diam seribu bahasa. Itu lumrah manusia bernama Ammar Afandi yang selalu berfikir kononnya ingin menjadi seorang pemikir/sarjana yang dihormati.

"You always have a CHANCE". Chance atau Peluang. Tidak semua orang mempunyai peluang yang banyak di dalam hidup ini. Ada diantara kita yang mempunyai hanya satu peluang tetapi jika peluang tersebut berjaya digilap hingga maksima, impaknya pasti menggegar. Lima tahun draft buku disimpan namun ia terus disimpan rapi bagi menjaga kualiti. Siapa tahu, "Chance/Peluang" bakal menjadi sebuah buku yang mampu sekurang-kurangnya meningkatkan semangat motivasi seseorang individu. Ya, siapa tahu buku tersebut bakal dibuat atau sekurang-kurangnya menjadikan ia sebuah e-book. InsyaAllah, buku tersebut bakal dikeluarkan namun tidak pasti secara hardcopy atau e-book. Ya, siapa tahu.

Perjalanan yang panjang dan penuh warna menjadikan seseorang individu matang secara langsung atau tidak langsung. Kadang kala mereka tidak sedar bahawa diri mereka sendiri merupakan pemangkin semangat kepada individu lain. 2 tahun yang penuh warna warni. Berkenalan dengan sahabat yang sama perangai membuatkan kita tersedar bahawa masih ada orang diluar sana yang sama dengan kita. Dari mereka banyak pekara yang kita pelajari dan faham makna sebuah kehidupan. Dari mereka juga kita tahu bahawa mereka sebenarnya mampu menaikkan motivasi individu lain. Mereka mampu melakukan tanpa kita sedar. Mereka sebenarnya Legen............wait for it....................dery. Legendary. InsyaAllah sedikit coretan mengenai mereka akan disiapkan.

Hidup yang panjang semakin hari semakin menyeronokkan pabila diri dikelilingi oleh keluarga dan rakan rakan yang sentiasa susah senang bersama dan sesungguhnya perjalanan yang ditempuh akan menjadi mudah apabila bersama mereka. Sedikit coretan serabut untuk diri terus melangkah. "Agi Idup Agi Ngalaban"

Can't wait


Always there for you


Friday, January 3, 2014

Nyalakan Tekad


Tekanan melampau mula dirasa
Tatkala ada beberapa pekara saja lagi tinggal
Otak berpusing bagai halilintar
Membawa ilham yang sukar dijelma

Namun...
Masih ada cara yang paling terbaik
Jangan dilupa yang SATU
walau kepala memberontak tanda protes
walau idea kering tahap maksima
Ia tetap di bawah radar
Ia masih boleh diselesaikan, 
dengan tekad yang meninggi
Berjuang, bukan sekadar perkataan
Nyalakan tekad....Yup
Nyalakan tekad







Thursday, January 2, 2014

I know that feeling


#FikirSejenak


“To dream anything that you want to dream. That's the beauty of the human mind. To do anything that you want to do. That is the strength of the human will. To trust yourself to test your limits. That is the courage to succeed.” - Bernard Edmonds