Wednesday, October 5, 2016

#WhatIKnowForSure



I grew up watching her talk show and i love her positive outlook on life, 
her strength and determination. #Salute #OprahWinfrey






Monday, October 3, 2016

Beautiful


Bobby McFerrin - Don't Worry Be Happy





Friday, September 9, 2016

Sembang Kopi: Sejauh mana kekuatan media sosial berbanding media tradisional sedia ada. Satu Perspektif.

Adakah media cetak dan elektronik sedia ada masih lagi relevan di Malaysia kerana ia dilihat sebagai sedikit berlainan fungsinya dari apa yang sepatutnya. Seorang sahabat bertanyakan persoalan secara sinikal "kenapa media media sedia ada ni berat sebelah bro. Dulu kau kata peranan media penting sebagai alat perpaduan tapi sekarang kenapa agak terpesong". Untuk seketika saya terdiam memikirkan soalan tersebut sambil tersenyum panjang. Ini kerana dengan keadaan semasa yang agak luar biasa dari biasa memerlukan saya memikirkan secara mendalam tanpa ada perasaan berat sebelah. 

Tidak dapat dinafikan ia dilihat sedikit diragui peranannya ketika ini, Memalukan dalam beberapa aspek dan keberkesanan sebagai sumber mendapatkan maklumat semakin diragui hari demi hari. Banyak persoalan yang bermain difikiran tetapi yang paling utama adalah adakah ia masih relevan kepada masyarakat?.

Selain semakin diragui hari demi hari, ledakan internet yang kuat pada ketika ini menjadi penyebab masyarakat mula berubah arah mendapatkan maklumat dari media media tradisional ini kepada media baru. Namun begitu tahap sesuatu berita sedikit diragui kerana penyebarannya sangat pantas tanpa ada semakan fakta. Walaubagaimanapun, masyarakat kita sudah dewasa dalam memahami sesuatu isu itu atau pekara. Jangan kita lupa bahawa masyarakat Malaysia sangat bijak dan pandai dalam menganalisis atau mentafsir sesuatu isu namun setiap elemen ini seperti diabaikan oleh media tradisional dan ini sangat menduka citakan. Kekhuatiran saya bersebab kerana setiap informasi yang disalurkan seperti memperlekehkan tahap pemikiran masyarakat kita. Persoalannya adalah, adakah masyarakat kita meragui kewibawaan media media tradisional ini yang semakin hari semakin keliru dengan tujuan ia ditubuhkan. Sangat menarik sebenarnya melihat bagaimana kuatnya peranan media sosial atau media baru ini dan walaupun saya lebih berminat kearah kajian berkaitan ''Corporate Communication/Corporate Crisis'' namun ia tetap tidak menghalang saya untuk mengikuti isu ini secara lebih dekat kerana dalam disiplin ilmu Komunikasi ia semuanya saling berkaitan dan sangat luas. Menarik sebenarnya untuk berdiskusi dengan sarjana sarjana dalam bidang ini kerana dari situ banyak elemen dan permasalahan dapat dirungkai dan ramai diantara sahabat terdekat membuat kajian PHD mereka mengenai media baru ini. Untuk sahabat seperjuangan, saya doakan anda semua dapat menyiapkan PHD anda pada waktu yang ditetapkan. Topik PHD kita sedikit berlainan tetapi secara dasarnya masih lagi di dalam disiplin komunikasi. InsyaAllah doakan saya juga untuk mengikuti langkah kalian semua.


Thursday, September 8, 2016

#FikirSejenak

Jangan ditepuk air didulang,
nanti terpercik kemuka sendiri.
Jangan disebut aibnya orang, 
nanti terbuka aib sendiri.






Friday, August 5, 2016

#FikirSejenak

When you have a passion for something you like most,
 you don't care what the rest of the world thinks. You do as you wish.