Thursday, November 26, 2009

Si Pengembara Jalanan Yang Tidak Berpenghujung..

Merungkai kata membina frasa
bertaut dahan tidak berpenghujung
walau hati masih bergolak
namun yang berlaku pasti berlaku

aku berdiri dicelah kehidupan
membawa soalan yang belum terungkai
namun ku melihat...
jawapan demi jawapan yang belum pasti
itulah lumrah dunia yang paling hakiki

perjalanan demi perjalanan
tidak memberi makna mendalam jika...
hati tidak seiring walau ia selalu mencuba

manusia cukup pandai merancang
namun....
jika bukan kehendak-NYA
adakah ia masih berbaloi...

perjalanan demi perjalanan
si pengembara yang tidak berpenghujung
hati sentiasa tertanya??
apa perlu aku mengembara
namun ia tetap membisu seribu bahasa

apa yang pasti aku perlu mengembara
kerana apa??
kerana aku percaya apa yang
dikhendaki-NYA pasti berlaku...
inilah aku...
Si Pengembara Jalanan yang Tidak Berpenghujung...

amr7