Aku bukanlah seorang atlit tetapi aku percaya kita tidak semestinya perlu menjadi seorang atlit untuk kita terus melekat dihadapan televisyen bagi menonton sukan olimpik yang sedang berlangsung pada ketika ini.
Olimpik 2012 baru sahaja berlangsung tetapi terdapat pelbagai pekara yang telah mendapat perhatian dunia.Antara yang mendapat perhatian dunia adalah acara pembukaannya yang bagi aku antara yang terbaik setakat ini.Kenapa aku kata terbaik?.Ini kerana terdapat pelbagai gimik yang dilakukan seolah-olah acara pembukaannya semalam membawa kita menonton satu teater muzikal.
Aku juga terhibur dengan gimik ketika keberangkatan Queen Elizabeth.Bagi aku ia adalah yang terbaik dan siapa sangka akan ada gimik sedemikian rupa.
Mr Bean dengan perangai tidak bersalahnya. You're Legends Sir...hehehe
Seorang GF yang muncul entah dari mana???
Penyalaan obor yang tidak difikirkan oleh sesiapa pun...
..................................................................
Aku suka melihat temasya ini dari pelbagai sudut.Disebalik kerancakkan acara pembukaan, ia sebenarnya telah mengalami sedikit kecacatan yang bagi aku adalah tidak disengajakan sama sekali.Acara bola sepak wanita telah mengalami sedikit kekecohan apabila bendera Korea Utara telah tertukar dengan bendera Korea Selatan.Kegagalan meletakkan bendera ini telah menyebabkan pasukan Korea Utara enggan meneruskan permainan hampir sejam.
Selain itu, antara yang menarik perhatian aku bahkan seluruh dunia adalah kelibat penembak negara kita iaitu Nur Suryani yang sarat tetapi tetap bersemangat melakukan yang terbaik untuk negara.Kita doakankan beliau dalam keadaan terbaik.
Aku sepertimana rakyat malaysia yang lain begitu mengharapkan kejayaan #TeamMalaysia untuk membawa pulang pingat Emas pertama bagi bumi bertuah ini TETAPI andai kata rezeki itu bukan milik kita, aku cuma mengharapkan #TeamMalaysia melakukan yang terbaik dan beruasaha sehingga ketitisan darah yang terakhir.InsyaAllah, kita mampu membuat kejutan untuk beberapa acara yang telah kita kenalpasti.