Thursday, July 29, 2010

Proud to be STARIAN!!!

Star….

Mendengar namamu bagaikan menggambar wajahmu…

Setiap saat….setiap detik…sering melihat keperibadianmu…

Tiada langsung cacat cela bila bebicarakan tentangmu…

Menyebabkan kecemburuan bila memikirkan mu…

Memberikan keistimewaan apabila siang…


Star…

Hari beganti hari…

Bulan beganti bulan…

Tahun beganti tahun…

Namun nama mu sentiasa diingati..

Menjadi pilihan di saban tahun….

Biarpun penghuni mu sentiasa betukar …

Namun namamu sentiasa terbela…


Star….

Gurumu sentiasa ceria…

Semangat..

Rajin..

Berwibawa…

Cemerlang….

Terbilang…

Walaupun ramai guru berlalu pergi….

Namun star tidak berubah…

Kerana gurumu aku bahagia…


Star…

Banyak kenangan yang semuanya indah….

Tidak dapat aku gambarkan dengan kata…

Tidak dapat ditukar ganti….

Hanya terima kasih aku salurkan..

Sebagai balasan selama ini…


Star…

7 tahun disana memberi pelbagai makna..

memberi aku pelbagai memori..

jatuh bangun ku hanya kau yang tahu..

dari budak mentah yang tidak mengerti..

hingga matang dan befikiran terbuka…

semuanya adalah berkat guru….

Yang tidak jemu-jemu mengajar..

Sesungguhnya jasa guru-guru tidak terbalas…

Hanya doa dan terima kasih sebagai hadiah…

Kepada guru yang banyak berjasa…


Star

Terima kasih atas segalanya…

Hanya itu mampu aku lakukan…

untuk membalas jasa yang tidak terkira…

terima kasih……..

Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman..

Doaku agar kau sentiasa berjaya…




p/s: tiba2 memori starian wujud setelah tengok picture2 menarik dri FB my general....


Ammar Afandi

No comments:

Post a Comment