Tuesday, November 16, 2010

Banyak laman web yang mengambil upah buat assignment?.

Mood semalam sememangnya terbaik.Apabila mood terbaik, dapat pulak cerita yang terbaik.hehehe.

Semalam akhbar kosmo mendedahkan bahawa pelajar2 Australia sering menggunakan laman web perkhidmatan membuat assignment untuk setiap assignment mereka.Mereka menghantar tugasan dan kerja rumah kenegara-negara seperti India, Pakistan dan mesir.Kos upah bagi setiap tugasan pula serendah USD 2.(Hanya pelajar Australia sajakah???).Menurut apa yang dipaparkan di dalam akhbar tersebut, mereka yang menghantar tugasan tersebut terdiri dari pelajar USA, UK dan beberapa lagi negara.

1 upah tugasan bernilai:
USD 2=RM 6.OO lebey.(Kenapa, tak percaya ka???)hehehe

Bagi melihat artikel penuh, aku cadangkan korang melihat akhbar online kosmo.Lihat arkib berita dan letakkan tarikh semalam iaitu 15/11/2010.Sila lihat dibahagian:

DUNIA

Laman web tawar upah buat tugasan, kerja rumah AS$2


.........................

Aku tidak mempunyai komen mengenai hal ini kerana ia sememangnya menjadi fenomena pada ketika dan waktu ini.Kecanggihan teknologi semakin berkembang dan pekara-pekara seperti ini sememangnya tidak dapat dihindari.Apa yang menariknya adalah individu yang menyiapkan tugasan2 tersebut adalah terdiri dari mereka yang mempunyai latarbelakang Master.Jenis-jenis tugasan yang diterima pula adalah seperti tugasan biasa hinggalah kepada thesis dan sebagainya.Super cool kan??hehehe.

Kebimbangan disuarakan oleh pihak pengurusan akademik kerana secara tak langsung kualiti seorang pelajar akan dipertikaikan.(Dulu ada budaya COPY & PASTE, sekarang lagi advance).

Seperti yang aku katakan tadi bahawa aku tidak mempunyai komen tetapi bagi aku yang juga seorang pelajar, aku merasakan kepuasan seseorang itu ke atas tugasan yang dibuat sendiri adalah begitu sempoi dan terbaik berbanding tugasan yang diupah.Hal ini kerana tugasan yang diupah tidak menunjukkan kematangan seseorang itu berbanding yang dibuat sendiri.Pendek kata kepuasan terhadap tugasan yang dibuat sendiri adalah terbaik berbanding yang diupah.Tepuk dada tanya selera.


p/s: Jika korang nak link atau laman web yang mengambil upah assignment tu, korang boleh lihat dikosmo.Link tu tiada di sini...hehehehe


Sumber gambar: Kosmo

14 comments:

  1. Salam bro...

    Menarik infomation ni dan tak terkejut mendengarnya... ia sudah sinonim dengan pelajar masa kini yang hanya berkeinginan menggenggam kedudukan akademik terringgi tp menggunakan cara yang kurang relevance.

    For me, buatlah apa yg kita mampu dan dari situ kita sendiri boleh mengukur tahap kemampuan kita sebenar. Menimba ilmu bukanlah semata2 untuk upgrade pekerjaan kita tapi ia adalah ibadah. Copy n paste sket2 tu xpa ag bg aku, tp lau sampai upah orang tu menunjukkan kelemahan kita sendiri TERHADAP diri sendiri. Mungkin individu yg mengambil langkah seperti ini mempunyai kekangan yang sangat merumitkan.

    Mudah2an kita tidak tergolong di dalamnya.. Amin...

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dengan ang sisto.Bagi aku, kepuasan kalau buat asgment sendiri lebey berbaloi daripada yg diupah.Dari situ kita akan lihat kematangan asgment yang kita buat & secara tak langsung kalau asgment tue dapat fullmark,kepuasan akan berpihak kpd kita.

    Lain pulak dgn asgment yg diupah.Even kalau dpt fullmark pun, tahap kepuasan tue x dapat dirasa coz bukan kita yang buat.(nie pendapat aku la).

    ReplyDelete
  3. yup aku setuju... terbaik dari ladang.. huhu

    tp bole tak ang upgrade comment kt blog ang so that aku bole tau bila ang rep komen aku...

    ReplyDelete
  4. owh...hehehe..after this aku try selongkaq tgk...

    ReplyDelete
  5. ok bro... sebab ada lg entry ang yg aku comment ang x rep nih.. menarik lak tu entry tu..

    ReplyDelete
  6. laaa..entry yg mana..jap aku tgk..


    Ammar

    ReplyDelete
  7. erm, interesting ... tp aku rsakan buat sndirik la lg bagus ... biaq x reti xpa lg ... bleh tnya lec ... dari situ kita bleh blaja dari segi tahap kemampuan ... lgpun assigment nie yg akan mbantu bila bkerja nnt ...

    ReplyDelete
  8. yup..aku setuju dgn ang sisto...


    Ammar

    ReplyDelete
  9. b#ni komen aku plak...kalau untuk student full time memang tak patut dia upah orang buat...tapi untuk student part time...maybe disebabkan kekangan masa dan terpaksa mengejar kerja dan asignment yang kadang kadang sampai 4-5 maybe satu atau 2 yang susah tu kena bagi orang buat then yg balance tu dia akan pecah otak sendiri baru boleh curi masa baca buku untuk midterm dan final..pendapat aku la..sebab dia dah kerja...ada duit..part time student study bukan pasal nak naik pangkat sangat tapi masa lepas SPM dulu takder peluang nak ke Universiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pro n kontra tetapi selagi dia membawa status student, benda2 mcm nie perlu dielakkan...Kita tak mau melahirkan student yg tidak berkualiti walaupun beliau merupakan seorang student part-time...just my 10cent opinion...hehehe

      Delete
    2. depends on the situations.After all, I personally didn't agree if you hired someone else doing your assignments.Why? Because you never get any benefits by doing this thing...It just my 5cent opinion...hehe

      Delete
  10. 'Sibuk' tak perlu dijadikan alasan utk menghalalkan isu ini. Sebelum melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa, kita sudah sedia maklum bahawa proses pembelajaran bukan mudah. Kalau ada kesungguhan pasti bole buat. Kualiti seseorang pelajar bole dipertikaikan apabila kita menghalalkan isu ini. Pendapat saya adalah sama dengan saudara Ammar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Firdaus Junior. Kalau budaya ini berleluasa, kualiti para pelajar boleh dipertikai.

      Terima Kasih kepada para pembahas yang sudi memberi pendapat anda berkenaan isu ini yang saya fikir sangat serius untuk kita bincangkan. Walaupun komen-komen yang diterima tidak banyak tetapi 'entri' ini yang paling tinggi dibaca dari kesemua 'entri' saya. Mungkin yang singgah kesini datang dengan harapan untuk mendapatkan link ataupun maklumat berkaitan laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi hampa kerana apa yang dicari tiada di sini. Namun begitu besar harapan jika saudara dan saudari boleh bersama sama berdiskusi mengenai isu ini yang bagi saya sangat penting untuk industri pendidikan negara. Apa yang dibahaskan oleh kesemua pembahas di atas mempunyai pro dan kontra. Masing masing mempunyai pendapat utk menyokong atau menentang isu ini. Besar harapan saya jika sesiapa yang berkesempatan singgah ke blog ini mengambil seminit dua untuk memberi pendapat ilmiah berkaitan apa yang dibahaskan.

      Akhir kata terima kasih kerana menjadikan entri ini yang paling banyak dibaca. Terima Kasih sekali lagi.


      Ammar Afandi

      Delete