Monday, September 26, 2011

Tiada Tajuk...

Hari ini, aku lebey selesa membiarkan jari jemari menari mengikut rentak lagu yang sedang aku layan.Bob marley, Train, Coldplay, Maliq d'essential, Tompi, Ninna zilli, Liyana fizi,Kerispatih dan beberapa lagi nama sedang asyik mengegarkan kepala otak yang mencari ilham menyiapkan pekara yang semakin bertimbun.Yup, aku suka pelbagai genre muzik sambil melayan mood yang tidak menentu.

Sudah pasti kopi pekat yang begitu memikat senantiasa menemani aku tatkala malam semakin hening dan sunyi.Kata sahabat aku gila kerana ketagih kopi yang melampau.Tapi bagi aku jangan aku ketagih pekara yang memudaratkan sudahlah.As long aku enjoys, it should be fine.hehehe.

Pekara menarik berlaku.Tapi aku malas nak cerita kerana keberangkalian aku merasa geram adalah tinggi dan memandangkan kesihatan tidak mengizinkan jadi aku abaikan pekara yang satu ini.Abaikan pekara mampu mengurangkan tekanan.Bukan bermaksud kita lari dari masalah tetapi ia konsep untuk tidak mahu menambah banyak masalah.Sejujurnya aku mesti abaikan.Sigh...

Menjadi baik sebenarnya lebey susah dari menjadi jahat.Ada sahaja pekara yang jahat datang entah dari mana mengekori tanpa kita pinta tetapi kalau niat kita telah dibulatkan, aku pasti pekara lain tidak mampu menganggu.

Bercakap mengenai Manchester United.Yup, ramai yang ketawa kerana Man Utd seri buat pertama kalinya dalam EPL.Tetapi ia sebenarnya tidak menganggugugat prestasi keseluruhan Man Utd.Ia hanya permulaan kepada sesuatu yang hebat.Aku mempunyai satu koleksi kisah sejarah United semasa kemalangan di Munich.Ia merupakan satu kisah hebat yang tidak terdapat di kelab lain.We are not arrogant but just better.

Bercakap mulut ke mulut memang merupakan komunikasi yang hebat.Kesannya ada baik dan ada juga yang buruk.Nasihat aku adalah komunikasi itu meninggalkan kesan.Jadi sebelum kita ingin berkomunikasi, maka fikirkan dulu kesan komunikasi kita ke atas mereka yang akan mendengar.Keberangkalian kita membuatkan orang mendapat kecelaruan mesej sehinggakan timbulnya konflik adalah tinggi.Melalui media-media sosial juga perlu diberi perhatian.Kita tidak mahu orang yang baik dengan kita selama ini beranggapan buruk kepada kita hanya dengan kecelaruan mesej yang kita sampaikan.

Sudah habis aku berleter pekara-pekara yang entah bermanfaat mahupun tidak.Ia terpulang kepada anda yang menilai.Selagi aku ingin menulis dan meluahkan pandangan, blog ini tetap dibuka untuk tatapan sahabat dan anda sekalian.Usah risau, ia bukanlah yang terakhir dari aku.hehehe.

Tiada tajuk.Yup, memang tiada tajuk kerana aku sengaja membiarkan entri ini tidak mempunyai tajuk.Sementara lagu ilhamku berkumandang, aku mengharapkan ilham datang mencurah-curah tetapi aku senantiasa mengingati pesan seorang sahabat baik:

"Ilham akan datang pabila engkau tidak mencarinya"

3 comments:

  1. panjangnyer leteran u beb...but i suka train...

    i agree tntg komunikasi meninggalkan kesan...thanks bro for remind me...

    u kena relax bro..baru ilham akan dtg..btw, i tau sape yg kasi pendapat tntg "Ilham akan datang pabila engkau tidak mencarinya"...btw, dia dah grad dah kan???

    ReplyDelete
  2. yup..dia dah grad...tue pon aku perasan dekat wall FB...

    leteran yang tidak berpenghujung...bila x dak mood mcm nie la jadinya.

    btw, i dah tau u sapa...

    ReplyDelete