Monday, October 24, 2011

Ceritera Seminggu...

Seminggu yang membawa pelbagai cerita.Seriously, banyak benda yang boleh kita sembang di kedai mamak dengan topik seminggu yang lepas.Nak nampak old skul sikit kita gelarkan "detik seminggu yang lalu"...(Sila terus membaca jika ingin tahu apa yang aku tengah merepek sambil layan kopi.)

Paling banyak disembangkan sudah pasti pembunuhan Muammar Gaddafi oleh tentera yang dianggotai rakyatnya sendiri sambil ada tangan-tangan luar yang gatal membantu.Topik atau isu ni memang banyak diberi perhatian oleh media massa.Seorang pemimpin yang tersungkur di tangan rakyatnya sendiri.Aku tak mau sentuh lebih pasal isu ni coz aku dah kata aku cuma nak nyatakan pekara yang menarik perhatian aku dalam seminggu yang lepas.Jangan suruh aku buat analisis pula.hehehe..Dapatkan suratkhabar semalam untuk cerita lebih lanjut or boleh layan akhbar2 online antarabangsa yang lain..

Selain cerita Muammar Gaddafi yang sedang hangat, cerita mengenai banjir di negara jiran kita iaitu Thailand belum menampakkan akan pulih.Musibah yang berlaku membawa kita lebih berjaga-jaga terutamanya negeri-negeri yang dekat dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan...Buat masa ni, alhamdulillah tiada apa yang berlaku.Cuma hujan setiap petang yang membawa kerisauan penduduk setempat.Walau apa pun, hujan itu rahmat.Hopefully, kerisauan penduduk setempat tidak berpanjangan.

Paling menarik perhatian aku serta masyarakat dunia sudah pasti isu yang berlaku di China.Isu apa tu bro???Kalau isu ni pun tak tau, sememangnya anda berada dibawah tempurung yang berlapis-lapis.Isu seorang budak malang China terbiar tidak diperdulikan akibat dilanggar kereta.Terbaru kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia.Ramai yang mempertikaikan dimana tahap keprihatinan penduduk di situ yang lalu-lalang tanpa membantu menyelamatkan si kecil tersebut.Banyak analisis dibuat oleh beberapa blogger famous dan kita sebenarnya bukan mempertikaikan undang-undang negara berkenaan.Seriously, bukan aku untuk mempertikaikan undang-undang negara tersebut tetapi aku lebih suka menyentuh sejauh mana tahap keprihatinan masyarakatnya.Perlukah takut untuk melakukan kebaikkan?.Tepuk dada tanya diri sendiri!!!.Finally seorang nenek tua membantu dan beliau dianggap wira oleh masyarakat dunia..

..................................

Di Malaysia sudah pasti cerita mengenai Himpunan Sejuta Umat yang menarik perhatian Umat Islam di negara tanah tumpahnya darahku.Bukan bersifat politik tetapi lebih kepada mempertahan kesucian agama islam.Penganjuran seperti ini sememangnya memberi kebaikan kepada semua pihak.Hopefully, ia diteruskan pada masa hadapan.

Selain itu, isu menarik di laman sosial adalah dua orang wanita yang berebut seorang lelaki.Member aku kata "Biasalah tu bro kalau pompuan berebut boypren".Yup, memang biasa tetapi yang ingin disentuh adalah bagaimana wanita-wanita ini memalukan diri sendiri dan video pergaduhan dikedai kasut sudah bersepah dilaman sosial.Maruah lebih penting dari berebut seorang lelaki.Betul atau tidak, ia persepsi masing2.Bagi aku, maruah ibu bapa yang lebih dan perlu diutamakan.

................................

Cerita aku???.Untuk seminggu yang lalu, ada beberapa pekara yang aku fokuskan.Selain pekara yang melibatkan pemikiran kritikal yang perlu dihadapi 2 minggu lebey saja lagi, aku agak sibuk dan cuba membuatkan diri sibuk dengan beberapa pekara serius.hehehe.Sound serious??Abaikannn!!!

Tiba-tiba mood melayan lagu-lagu Frank Sinatra menghantui aku beberapa mingu lepas.Saban hari terngiang-ngiang lagu Young at Heart.Aku pon tak sure.Maybe dah lama tak dengar kot.Sambil layan Frank Sinatra, buku komik LAT menemani aku.Seriously untuk minggu kebelakang yang lepas, buku LAT menemani aku after aku layan buku-buku yang melibatkan pemikiran kritikal.LAT, anda sememangnya terbaikkk!!!




Paling tidak dapat dilupakan dan akan menjadi buah mulut orang untuk beberapa minggu atau boleh jadi sampai beberapa bulan kehadapan sudah pasti kekalahan team fav aku Manchester United.Seriously, aku sendiri tak sangka tetapi kekalahan besar di halaman keramat di Old Trafford memang tidak boleh diterima pakai.Untuk beberapa bulan kehadapan, aku off akaun FB aku...hehehe...Bukan tak boleh terima hakikat dan kutukan tetapi member aku yang membenci Man Utd adalah berskala besar dan aku very2 sure yang wall aku akan dihantui oleh kutukan mereka...hehehe..Memang agak kecewa dan sedih sebab Man City sebuah kelab yang terlalu bising sudah beat home record di Old Trafford dan kad merah evans memang membuatkan aku mengamuk tetapi bila berfikir di luar kotak berjuta kali, meletakkan kesalahan kepada evans adalah tidak adil kerana beliau sudah cuba yang terbaik tetapi tekanan mempengaruhi tindakan yang dilakukan beliau serta sedikit kealpaan defenders Man Utd yang tidak terurus.(tengah bodek hati yang kecewa...huhuhu)..WE MISS U VIDIC!!!Namun, as Manchester United Fans aku sentiasa B.E.L.I.E.V.E yang kami(Man Utd) akan bangkit dan tak akan memandang kebelakang serta cuba yang terbaik untuk memenangi kesemua kejuaraan.Itulah Manchester United.

The Boss said:
"You have to recover.In the history of Manchester United, it is another day and we'll recover from this, there's no question about that"


Darren Fletcher said:
"We realise how much this result has hurt the fans and how they'll go into work on monday and get a lot of stick, but the players are hurting just as much"


Ammar Afandi a.k.a Amoroso Renato said:
"We always behind you.No doubt about that".

8 comments:

  1. Panjangnya...Tapi yg aku paling suka pasai man utd dikeciwakannn...sori dude...that game didn't belong to u...hihihi

    ReplyDelete
  2. Langit x selalunya cerahkan...hehehe

    ReplyDelete
  3. panjangnya beb...hehehe..seminggu yang meninggalkan kesan...especially tntg kanak2 dkt china...

    kalau u miss your grandparents, bnyak2 kan sedekah al-fatihah...tue yg paling the besh...jangan bersedih bro...

    Man utd will bounce back...no need to worry...i tau u mesti bad mood seharian...hehehe

    ReplyDelete
  4. OK...I will...

    No man utd story for a moment...hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..ok2..be cool...btw, girls dlm video tu memang buta perut...buat malu kaum jer...

    ReplyDelete
  6. Man Utd kalah kecoh satu dunia...Kalau liver,chelsea, and arsenal kalah fans depa buat dunno ja...btol x bro???....

    ReplyDelete
  7. Member lama: No commento...hehehe

    Mr/MRS Anonymous: Yup..we'll bounce back...

    ReplyDelete