Tuesday, November 22, 2011

They deserved it!!!


Dengan pelbagai dugaan yang senantiasa melingkari perjalanan skuad harimau muda semasa sukan sea ke 26, Malaysia akhirnya berjaya mempertahankan pingat emas yang dimiliki pada tahun 2009.Untuk rekod, kita sudah memenanginya sebanyak lima kali.Kemenangan ini adalah yang keenam untuk Malaysia.

Kemenangan mendebarkan ini sememangnya dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia.Agak terkejut pada permulaan permainan kerana indonesia memperolehi gol awal tetapi kita bangkit dan bermain dengan cara kita serta tidak menggelabah, akhirnya kita berjaya menyamakan kedudukan.Perlawanan terikat dengan 1-1 sehingga membawa sepakan penalti.


*Khairul Fahmi berjaya menafikan tendangan penalti
pemain indonesia*


Penalti diakhir permainan tersebut merupakan detik yang mampu meluruhkan jantung setiap rakyat Malaysia yang menyaksikannya secara langsung.Pada peringkat ini, hanya mentaliti yang kuat membezakan kedua-dua pasukan dan Malaysia akhirnya berjaya memenangi emas didepan 90000 penyokong tuan rumah.Ini adalah detik yang paling terbaik (*dari ladang) selepas atlet kita acapkali diejek oleh penyokong tuan rumah.






Tahniah Harimau muda.Moga kejayaan ini senantiasa panjang dan harapan untuk menyaksikan Malaysia bermain di World Cup bakal tercapai.Aminnn...

8 comments:

  1. aku rasa mcm baca paper tadi tapi bila kuar statement 'dari ladang' terus aku tau kata ang yg tulis, haha ... mmg takleh tinggal ka bro ...

    ReplyDelete
  2. saja tue sis...nanti boring pulak kalau baca mcm paper coz benda2 tue kita bole baca dlm online paper...hehehe

    btw, aku tngh cari cd modul yg ang mintak...ada yg aku lupa aku letak kat mana...aku cuba cari dulu...

    ReplyDelete
  3. xpala, kalu aku kat situasi ang kemungkinan aku pun tak tau letak mna modul2 tuh ... ka tikuih gerit kottt ... hehehe

    ReplyDelete
  4. Style plak tengok gambar KFCM posing camtu.. Nampak macam style of a hero.. Heeee.. :D

    Sakit tekak jerit aritu pun tak abes lagi ni.. Huuu..

    ReplyDelete
  5. dia bnyk save bola even masa lwn dgn syria pon...cuma striker kurang sengat...

    apa2 pon perjalanan still jauh lagi...

    ReplyDelete
  6. sis aina: aku dah sent...try usha your email sis...

    Dr Farhana:yup..dia mmg hero malaya..layak dpt man of the match...

    Zam: yup..dia save bnyk tapi syg kita kekurangan striker yg ada finishing mcm safee sali...hopefully malaysia ada bnyk top striker...

    ReplyDelete
  7. Masa game ni i memang geram tgk penyokong tuan rumah selalu buat provakasi. Tapi at last we won.Apa-apapun, kita kena sentiasa dibelakang harimau malaya selamanya...

    ReplyDelete
  8. Yup...Selamanya harimau malaya..kejap, sejak bila u minat bola sis???hohoho

    ReplyDelete