Thursday, December 8, 2011

Pemalas yang serabut melampau-lampau: Satu kisah dongeng tahap dewa.

Al-kisah nak menyebutkan kisah pada suatu ketika dahulu ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya sangatla rajin yang melampau-lampau dan tidak ada diantara mereka yang jatuh dikategori malas melampau-lampau.Raja membuat pengumuman untuk mencari orang pemalas di negerinya.

Hendak dijadikan cerita semasa perhimpunan bertemu dengan rakyatnya, ada seorang lelaki mengaku.Katanya, "Patik adalah yang paling malas".Raja pun bertanya, "Apa tahap malas kamu".Lalu jawab lelaki tersebut, "kalau patik hendak makan, ada orang suapkan patik".

Tiba-tiba, tidak semena-mena seorang lelaki tampil kehadapan dan berkata, "patik lebih malas lagi dari dia tuanku".Tuanku bertanya kepadanya, "Tahap mana kemalasan kamu?". Maka jawabnya, "Kalau patik makan, ada orang tolong kunyahkan".

Raja duduk terdiam seketika tetapi tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata "Patik adalah paling pemalas dan kemalasan patik berada pada tahap tertinggi sehingga mengakibatkan serabut yang melampau-lampau.Raja bertanya, "Bagaimana pula tahap malas kamu wahai anak kecil?".Budak itu menjawab dengan selamba, "Nak cerita pun malas".

p/s: Banyak kali dah aku baca cerita nie.Still sempoi dan sangat mendalam kalau kita lihat dari persepsi yang berbeza.

6 comments:

  1. haha ... yes,yes,yes aku dapat komen dah ... terbaikk punya pemalas!!! ^_^

    aku sekadar nak bkongsi, kadang2 perkara yang mudah mmg orang malas nak kerjakan, tapi kerja memerlukan tenaga serta bebanan berfikir yang tulah orang nak lakukan sangat.

    So, apa pendapat ang?

    ReplyDelete
  2. hang buat mcm mana sis???

    asalnya aku malas nak update blog sebab team aku kalah awal pagi td...kesannya sangat mendalam...jadi aku malas nak berfikir...hehehe..abaikan pasal man utd kalah pg td...

    aku setuju dgn hang...benda yang simple mmg org malas nak buat...akhirnya akan bertangguh sampai la pada satu tahap baru la nak kelam kabut...

    mak aku kata "nak terberak sangat-sangat dah baru nak korek lubang".(mayb nie pepatah dulu2 sblum wujudnya jamban2 spt skang).

    apa pendapat hang kalau aku kata kerja yang memerlukan tenaga serta bebanan berfikir pon org malas nak lakukan sangat....kalau sampai mcm tue tahapnya, baik jgn jd manusia coz semut pon rajin cari makanan...

    ReplyDelete
  3. haha samala mak aku pun, arwah tokwan aku pun selalu kata macam tuh, kadang2 pepatah orang tua dulu2 mmg ada kena mngena ngan rutin harian ... very funny when i think about this, hehehe

    pd pdpt aku, itu dah melampau ... aku pun tak tau knapa ada org mcmnie tp kena jgak tgk mybe dia mmg dibesarkan mcm tuh, tak kenal erti susah utk dptkan sesuatu ... ataupun dia lebih suka mengharapkan org. Sebab dia tahu kerja tuh mesti siap kerana dia dikelilingi orang yang rajin dan kuat berusaha. Cthnya, mcm kerja kumpulan.

    ReplyDelete
  4. i pun malas nak tulis bro...hihihi

    ReplyDelete
  5. Sis aina: sku setuju dgn hang...tapi tntg kerja kump tue no commento...hehehe..aku x penah tukaq group, so it's tough to argue about that...

    sis member lama: kalau mcm tu jgn tulis tapi baca sudah laaa..it's should be ok...hehehe..but i still need your opinion...

    ReplyDelete