Tuesday, December 27, 2011

Pendapat/Pandangan @ Opinion: Satu persepsi si Amor...

Pendapat atau Opinion acapkali kita gunakan apabila sesuatu pekara memerlukan proses penyelesaian, penyesuaian mahupun segala bentuk pekara yang memerlukan sebarang pendapat.Pendapat atau opinion yang baik akan dipuji jika ia memberi gambaran dan memberi hasil yang terbaik manakala pendapat yang kurang atau tidak memuaskan akan dipandang serong.

Pendapat yang baik sudah pasti berlandaskan fakta serta pengalaman berbanding memberi pendapat yang hentam kromo.Namun begitu ada sesetengah pendapat hanya akan diterima apabila seseorang itu mempunyai latar belakang yang tinggi walhal pendapat yang sama telah diberi tetapi tidak dipandang hanya kerana dia bukan siapa-siapa.

Ada ketikanya pendapat yang diberikan hanya sekadar pendapat atau pandangan tetapi orang yang menerimanya terus menerima bulat-bulat pendapat tersebut tanpa meneliti dan memikirnya sedalam-dalamnya oleh kerana dia orang yang terpelajar.

Di dalam organisasi, pendapat atau pandangan yang baik adalah apabila pihak atasan memberi peluang kepada kesemua ahli yang berada di dalam organisasi mengemukakan pandangan mahupun idea. Melalui kaedah ini maka memperlihatkan organisasi mempunyai banyak cara untuk mendapatkan idea-idea baru yang lebih segar.Kelangsungan ini perlu diteruskan supaya setiap ahli berasa diri mereka dihargai.Bukan menidakkan kecekapan pihak atasan tetapi percambahan idea melalui kaedah ini dapat memberi peluang ahli-ahli dalam organisasi bertukar pendapat serta pandangan dan secara tidak langsung pelbagai idea dapat dijana dan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak.

Dalam konsep hubungan sosial dikalangan ahli dalam masyarakat seperti sahabat, jika sesuatu pekara tidak mencapai kata putus, maka cara terbaik adalah dengan duduk berbincang serta memberi pandangan dan pendapat.Pasti pelbagai pandangan akan diutarakan dan ada diantaranya boleh bersifat positif mahupun negatif.Apa yang penting adalah kesepakatan dalam sesuatu hubungan amatlah diutamakan.

Konsep yang sama berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah atau ingin mendapatkan pandangan/pendapat dari kalangan ahli keluarga mahupun sahabat handai.Jika kita meminta pendapat/pandangan dari sahabat mahupun ahli keluarga kita yang terdekat, pekara utama yang perlu kita hadapi adalah menerima dengan baik pendapat sebelum memilih yang terbaik.Mendengar secara empati perlu supaya kita mampu memilih pendapat yang terbaik.Jika kesemuanya terbaik, cuba gabungkan atau laksanakan secara berperingkat.Bak kata orang kalau plan A tidak berhasil, kita masih ada plan B, C dan seterusnya.Paling penting di sini adalah kita tidak menidakkan atau memandang rendah pendapat orang lain.Kita perlu mengakui bahawa pada mulanya, kita sendiri yang memerlukan pendapat atau pandangan dari orang lain.

Mengapa aku membebel mengenai pekara-pekara yang melibatkan pendapat/pandangan @ opinion?.Hal ini kerana pada waktu dan ketika ini aku berada di dalam situasi orang yang memberikan pendapat dan ingin mendapatkan pendapat dari orang lain.Selain itu, aku cuba melihat pekara yang berlaku disekitar aku sebagai satu bentuk pembelajaran yang berterusan kerana aku suka melakukan analisis dalam banyak pekara mahupun sudut.Kenapa aku mencoretkan pekara yang melibatkan pendapat di sini?.Hal ini kerana aku ingin mengutip pendapat umum dari kalian secara keseluruhan.Untuk seketika, aku membebel sambil minum kopi terbaik dari ladang...


p/s: Pendapat/pandangan/opinion yang diberikan perlu seiring dengan tindakan.Jangan hanya sekadar memberi pendapat tetapi tindakannya entah kemana.Jangan biar diri dianggap 'cakap tak serupa bikin'.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. why removed your comment sis??...hehehe

    ReplyDelete
  3. sebab takut ang kecik ati ngan ayat aku tadi, arap2 ang tak terbaca, hehehehe ^_*

    ReplyDelete
  4. kenapa aku nak marah pulak sista?.try comment semula sis...sbb apa yg hang takut sangat aku kecik hati...entri ni ada yg perlu dibetulkan ka???

    ReplyDelete
  5. Bagi aku blog ang penuh dgn ilmu. So, mmg tak patut kalau aku komplem pasal entry ang, mmg dah cukup bagus bg aku ...

    erm, apakata ang improve blog ang kepada umum, aku rasa mcm ang menulis nie utk ang saja dan bukan utk berkongsi utk semua. Cuba ang target blog ang utk sesuatu. Ramai org ingin mencari dan mpelajari ilmu dgn cara mudah tanpa mengadap buku2 ilmiah. Aku rasa kalau ang fokuskan betul2 pd sesuatu yang bermanfaat utk diri ang dan orang lain, i think berbaloi sebab ang dah ada bakat dlm bidang ini.

    kalu ang terasa silakan ... hehehe

    ReplyDelete
  6. hehehe...owh, tntg nie rupanya...aku ingat komen pasal apa la td...

    firstly, thanks sbb sudi bg pendapat hang.(kena dgn entri nie...hehehe)

    Secondly, mmg dari dulu aku just gunakan blog untuk shared something yg aku suka(mcm diari catatan peribadi la.Who know one day aku dah x dak...so ia lebih kepada peninggalan aku kepada my close family and friends...hehehehe)..

    Aku jadikan blog sbg medan utk aku tulis apa yg aku suka mengikut kepala otak aku.Sbb tue bila hang baca blog nie, ia lebih bercerita tntg aku dan pekara yg aku minat...

    Aku x aspek anything else selain dari berkongsi.Seriously aku cuma aspek only close friends and family yang baca.

    Aku cuba jugak menulis sesuatu yg umum tetapi ada ketikanya ia tidak dapat lari dari berkongsi sesuatu pekara.

    InsyaAllah aku cuba tulis few article yang lebih bersifat ilmiah serta umum tetapi jujur aku katakan yg aku selesa menjadi blogger picisan yang menulis sesuatu yang menyerabutkan.hehehe..

    Mayb untuk tajuk artikel nanti(kalau ada artikel la), aku akan letakkan "Artikel# 1: (tajuk artikel)" dan seterusnya.


    btw, pendapat hang berkaitan dgn entri aku kali nie...hohoho

    ReplyDelete
  7. sis, aku rasa untuk entri nie lebih kpd umum cuma diakhir tue aku selitkan mengenai mengapa aku tulis artikel nie...maksud hang kat perenggan yg terakhir tue ka lebih bersifat peribadi....

    ReplyDelete
  8. Bukan macam tue ammar, aku rasa disepanjang ang berbelog dan melunaskan idea2, pendapat, luahan melalui ilmu aku rasa itu sudah memadai ... maksud aku tak perlulah ang terlalu "khusus", nanti ang akan stress kerana terpaksa memikirkan sesuatu utk berkongsi ilmu pd umum ... aku pasti sekarang nie "ang rasa santai untuk mnulis" rasa relaks .... itu sudah cukup! dan orang yang membaca pun akan merasai dalam penulisan yg ang tulis. Jadi mesej yg ang nak sampaikan mudah untuk difahami. Kadangkala dari "feel" kita menulis akan merebak ke akar penulisan dan disitu minda pembaca akan selesa untuk membaca.

    [Kalau tak, takdak la novel2 terlaris dipasaran. Novelis2 nie bukan sekadar menulis tapi mereka menulis melalui perasaan dan jiwa sehingga air mata mampu menitis.]

    Pasal tuh, xdak kaitan dengan perenggan akhir pun ammar, ini aku punya pendapat ... dan tak salah kalau letak hal2 peribadi seperti pengalaman hidup. Semua nie btujuan untuk lebih mdekatkan pembaca mendalami apa yang kita tulis. Dont worrylah ammar, ang bukan meluahkan perasaan cinta ang lam artikel tuh, hahaha

    betul org kata tapi aku yg kata "selalunya org yg bijak kurang serlahkan diri mungkin kerana sifat2 semulajadi yang ada pd mereka mbuatkan mereka lebih bkeyakinan pd masa depan walaupun tiada dalam perancangan melainkan org yang kurang bijak yang lebih suka menonjolkan apa yang ada pada diri mereka untuk mperlihatkan bahawa mereka juga mampu menguasai apa yang orang bijak kuasai" ...

    ReplyDelete
  9. Kemungkinan aku lebih terikut kepada beberapa penulisan dari blogger lain sehingga melenyapkan sebab utama aku berblogging...

    dalam kepala otak mmg banyak nak shared something cool tetapi bila aku pikiaq balik aku perlu ada originality sendiri...

    Sbb tue kalau hang perasan setiap kali aku tulis artikel yang berat, entri selepasnya selalunya ada artikel ringan mcm coret2 disamping kata2 semangat atau funny cartoon...

    thanks a lot sista..nanti class kita try discuss lebey tntg nie...hehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha, kalau ada peluang apa salahnya lagipun sem depan ja aku boleh jumpa ngan hampa pun, ^_*

    originality tuh ada ammar, tp ang mcm takut2 nak tonjolkan rasanya mybe betul kata ang perlukan masa ... mna tau kot2 ang bleh lanjut kat oversea dan dari situ ang bleh terjemahkan watak2 manusia, satu tahap pencapaian yg mengagumkan, fantastic!

    ReplyDelete