Monday, January 16, 2012

Hidup mesti positif...




Positif.Yes!!!.Hidup yang ceria dan sempurna ialah apabila kita sering positif dalam melakukan setiap pekerjaan kita, berfikiran positif tanpa mempunyai sebarang persepsi negatif dan semua pekara yang berlaku dalam hidup kita, kita mesti positif.

Tidak salah jika kekadang ada perasaan negatif menghantui kita tetapi apa salahnya jika negatif itu bertukar menjadi positif.Contoh yang mudah apabila kita mempunyai sedikit perasaan cemburu yang menghantui kita akibat dari pekara2 yang membuatkan kita kebelakang tetapi jika cemburu itu kita cuba positifkan maka ia menjadi sesuatu yang baik untuk diri kita dengan menganggap ia hanya merupakan satu persaingan sihat sesama kita.

Orang yang positif lebih menghargai apa yang dimilikinya sekarang dan cuba untuk mempertingkatkan dirinya keperingkat yang lebih tinggi dan menghadapi setiap pekara secara relax dan supercool.Orang bersifat negatif lebih melihat orang lain sebagai penyebab kepada masalah yang berlaku terhadap dirinya.Namun begitu, beliau tidak sedar bahawa dirinya sendiri merupakan musuh nombor satu.

Untuk entri yang relax dan supercool, aku ingin mengajak rakan-rakan semua lebih bersifat positif dan matang dalam menghadapi setiap pekara dan cuba menganggap setiap masalah sebagai permainan yang menyeronokkan.

Kita mestilah positif dan bersifat lebih menghargai.Aku memetik kata2 Dr Asri iaitu: "bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada".


12 comments:

  1. Kata Hati

    negatif :
    Ammar nie mcm perli aku ja, *_*

    positif :
    erm ... betul jgak tuh, ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope...x dak seinci niat utk memerli siapa2...just ingin memulakan thn baru nie dgn sikap yang lebih positif...

      Delete
    2. btw, tolong sebarkan kat kawan2 kita yang kelas Puan Haslina untuk pertemuan kedua tidak dibatalkan dan berjalan seperti biasa...mayb ada lecturer lain yang ganti...apa2 pun sila rujuk email...TQVM

      Delete
    3. ^_*, saja ja kata, insyaAllah ... hal tuh nnt aku akan sebarkan kat kwn2 yg berkenaan,

      Delete
  2. Buang buku lama,bukak buku baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanny kita buat apa kat sini bro...hehehe..kidding sis!!!.btw, buku lama yg ada kenangan indah perlu disimpan dan harganya lagi tinggi dari buku2lain...hehehe..tapi aku faham apa maksud hang...

      apa2 pun hidup kena senantiasa ceria dan lebih menghargai...aku suka la dgn DR Asri tue...simple ja..

      Delete
    2. hahaha...jgn kata mcm tue bro...nanny kita merajuk satg...huhuhu..

      buku lama dan buku baru sangat penting...dua2 kita kena gunakan...abaikan kalau x faham...hehehe

      yup..Dr Asri guna pendekatan yang mudah faham...

      Delete
    3. amboiiiiiiiiiiiiiiiii...

      Delete
  3. Lama tak bertenggek dkt sini...hehehe...How are u my bro??

    ReplyDelete
  4. i'm fine...tapi biasa la busy sikit dgn pemikiran kritikal...

    ReplyDelete