Thursday, April 19, 2012

Bukan mudah

Entri santai-santai lebih ke arah membincangkan satu isu yang dekat dengan kita iaitu bukan mudah.Bukan mudah untuk aku memikirkan tajuk entri dan bukan mudah untuk aku menghurai serta membincangnya dengan panjang lebar.Yup, bukan mudah.

Bukan mudah untuk kita memahami seseorang itu dan bukan mudah bagi mereka untuk memahami kita.Anda tipu jika mengatakan ia terlalu mudah kerana pasti ada sekelumit zarah mengatakan bukan mudah.

Bukan mudah untuk kita memberi kepercayaan kita kepada orang lain dan bukan mudah mereka memberi kepercayaan kepada kita.Namun apabila kepercayaan telah diberi, sangat mudah kita merosakkan kepercayaan yang diberi.Akhir sekali bukan mudah kepercayaan tersebut akan diberi semula.

Ia sebenarnya membawa kita melihat dalam konteks yang besar serta luas.Sesuatu benda yang kita ingin capai bukan datang bergolek-golek sebaliknya memerlukan pengorbanan yang tinggi.Dalam konteks ini bukan mudah kita ingin menggapainya tetapi apabila sudah tercapai, ia menjadi sangat lazat dan terbaik.Pekara bukan mudah menjadi sangat mudah.Namun, ia menuntut kerja keras yang tinggi.

Bukan mudah untuk kita memarahi orang itu jika tidak bersebab.Pasti ada yang menyakitkan sehinggakan kemarahan timbul sekaligus kita marah meluap-luap.Apabila sudah marah, bukan mudah untuk kita cool down akibat tindakan mereka yang menyakitkan.

Banyak isu berkaitan bukan mudah boleh kita bincangkan namun jika isu ini dapat kita selesaikan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat mudah.

2 comments:

  1. Bukan mudah aku nak faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammar Afandi a.k.a Amoroso RenatoApril 22, 2012 at 9:43 AM

      hahaha...cuba la faham..bukan mudah aku nak menulis...hehehe..btw, how do u find my blog sista?...

      Delete