Friday, April 19, 2013

#Coret-Coret

Melihat post-post lama menyebabkan aku perlu menerima hakikat bahawasanya tabiat untuk menulis sesuatu pekara yang sepatutnya dikongsikan di sini semakin susut atau boleh aku katakan semakin kurang kerana kekeringan idea yang memungkin itu terjadi.

Tabiat semakin menjadi-jadi apabila banyak pekara perlu diberi perhatian dahulu sehinggakan mengabaikan blog picisan yang menjadi tempat melepak selama ini. Namun begitu, masa yang sedikit aku cuba penuhkan dengan sesuatu yang mungkin bermanfaat kepada anda yang membaca. Ya, sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit manfaat dari apa yang dicoretkan.

Coret-coret kali ini akan difokuskan kepada satu isu yang berlaku di Boston iaitu letupan bom yang hangat diperkatakan. Antara yang menjadi mangsa adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun. Sehingga saat #Coret-Coret ditulis, tiada lagi pihak yang tampil bertanggungjawab. Bagi tidak membuat sebarang spekulasi, kita tunggu laporan penuh dari pihak sana. Apa yang penting adalah semangat kemanusiaan yang ditunjukkan masyarakat dunia terhadap insiden ini sangat meninggi. Banyak pihak melahirkan simpati terhadap isu ini. Mudah-mudahan dalang disebalik kejadian dapat dikenalpasti. #PrayForBoston


Second Bomb: Photos show a bag next to a mailbox along the marathon route and may have been the footage used by the FBI to positively ID a suspect
Gambar bulat dikatakan bahan letupan yang menyebabkan kematian 3 nyawa


Boston bomb



Sukar untuk kita menerima berita-berita sebegini memandangkan kita sendiri baru sahaja melalui episod duka yang mengorbankan ramai anggota keselamatan kita. Pekara-pekara sebegini sebenarnya mendatangkan persepsi yang pelbagai. Persepsi yang positif mengharapkan tiada lagi pekara-pekara seperti ini yang berlaku. Sesungguhnya persepsi positif yang kita tagihkan. #PrayForSabah and #PrayForBoston. #RakyatMalaysiaMendukungNilaiNilaiKemanusiaan.

No comments:

Post a Comment