Tuesday, February 11, 2014

Merenung seketika

Perjalanan yang panjang
mematangkan kita tanpa kita sedar
Acapkali kita mengeluh
Tetapi perjalanan yang berliku berjaya kita harungi
Lumrah manusia yang berani mencuba

Kita sedar bahawa tidak ada yang sempurna
melainkan Dia yang Satu...Kita akui perkara tersebut
Namun, dengan adanya orang sekeliling
keluarga dan rakan taulan
melengkapkan perjalanan yang pernuh berliku
menjadikan perjalanan yang sangat indah
Ya, perjalanan tersebut tersangat indah
Hingga tidak tercapai akal fikiran
Untuk itu, diri ini mengucapkan
Terima Kasih

Sebelum diri terus melangkah
merenung seketika mampu menjadi tonik terbaik
merenung seketika mampu muhasabahkan diri
agar diri tidak alpa, dengan dunia yang penuh pancoraba
menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya
Merenung seketika... Ya, merenung seketika




Ammar Afandi


No comments:

Post a Comment