Banyak pekara yang memerlukan tahap pemikiran dan analisis yang tertinggi. Mahu atau tidak mahu pekara itu mesti dilakukan kerana kita tidak mahu digelar masyarakat yang suka menghentam atau malas membaca(malu sebenarnya jika kita digelar masyarakat yang malas membaca, bahkan perkataan malas itu juga sukar dikikis dan ini memalukan jika kita sendiri yang membiarkan melekatnya perkataan itu). Itu berlaku apabila kita lebih suka membaca tajuk-tajuk yang sensasi dari membaca isi sesuatu cerita dan apa yang paling mengecewakan apabila masyarakat kita sukar untuk memahami simbol '?'. Ya, simbol tanda soal yang sering digunakan dan mengelirukan kita. Untuk itu, banyak persoalan yang bakal timbul bila penggunaan simbol menjadi kesukaran kepada sesetengah pihak.
Berbalik kepada isu mengenai 'fahami isu dan analisis' yang dibincangkan tadi, kita perlu faham dan melihatnya daripada pelbagai aspek. Pedih apabila kita menjadi mainan orang, kita menjadi bualan orang dan yang paling perit kita diketawakan apabila sesama kita, bergaduh menegakkan benang yang basah. Isu ini bukan isu lapuk tetapi isu yang selalu orang abaikan tanpa rasa sedikit pun kekesalan. Apabila menghentam secara membuta tuli, menegakkan pendirian yang tiada bukti dan akhirnya apabila dibuktikan, diam seribu membawa diri. Kekesalan itu yang sukar untuk difahami dengan jelas. Mudah kan kita bercakap... Menjadi penegak dalam semua hal walhal tiada bukti yang kukuh... Tepuk dada tanya selera...
Jika kita ingin terlibat di dalam sesebuah isu (mengambil kira masyarakat sekarang yang sering meninggalkan komen di media sosial seperti Facebook), fahami isu tersebut dengan minda yang terbuka dan bukannya bersifat menghentam dalam semua hal, baca sedalam-dalamnya kerana tidak salah membaca dari hanya membaca tajuk yang sensasi, analisis dan analisis, selebihnya bertindak mengikut budi bicara. Masyarakat kelas pertama, masyarakatnya yang suka membaca, masyarakatnya yang berusaha untuk membuat yang terbaik, masyarakat yang mentaliti lebih terbuka dan mengkritik berdasarkan fakta dan bukannya auta.
Dikesempatan ini, mengambil berkat bulan Ramadhan, marilah kita menilai diri kita, memahami diri kita dengan jelas dan bukannya sibuk menjaga cerita masyarakat sekeliling kita.
No comments:
Post a Comment