Tuesday, August 25, 2015

Menulis dengan hati

Apabila datang mood menulis, diri ibarat berada dalam dunia lain. Ditemani dengan secawan kopi pekat bersama seleksi lagu yang terbaik dari ladang membawa diri jauh dari masalah yang menimpa.

Menulis perlu ada tujuan. Namun ada ketika diri membiarkan idea yang datang meresap menaip apa yang ingin ditulis kerana ia merupakan kepuasan yang tidak terhingga.

Sudah pasti lagu Maliq & D' Essential merupakan lagu wajib bagi membawa diri menulis sejauh mana yang ingin ia pergi. Membawa diri yang sayu menulis tanpa henti. Ada ketika menulis ibarat satu terapi yang sangat berkesan kepada mereka namun jika tiada minat mendalam menulis membuatkan mereka menjadi bosan melampau-lampau. Ada ketika terapi seperti ini perlu kerana membawa kita menyelami dimensi dimensi yang tidak tercapai akal fikiran yang biasa. Menulis perlu ada kebebasan kerana dari situlah satu karya yang telus terhasil.

Ada orang menulis kerana nama kerana bidang ini jika dibuat betul dan tepat mampu menjadi pendapatan yang sangat lumayan namun bagi diri yang minat, ia lebih kepada terapi diri kerana dengan keadaan yang memuncak, ia mampu membuat diri terkawal dari pekara yang tidak dijangka. Kita manusia biasa yang ada cacat celanya. Sudah pasti jika tidak dikawal emosi mampu meruntuhkan sebuah ikatan yang sudah lama terbina sejak azali namun hati perlu cekal dan jiwa perlu tekad dengan setiap dugaan kerana lumrah manusia kuat sentiasa diuji. Namun sudah pasti ada batasannya kerana manusia mudah terkesan dengan perbuatan orang yang sentiasa menguji tahap kesabaran yang sedia ada. Untuk mengawal, penulisan menjadi satu medium yang membantu diri seseorang dari terus dengan sifat amarahnya dan dengan penulisan juga diri menjadi lebih faham dengan konsep kehidupan ibarat roda. Ada ketika diatas dan ada ketika dibawah.Lumrah ini menyebabkan orang alpa dengan makna konsep manusia itu sendiri.

 Untuk seketika, diri menulis dan terus menulis ibarat manusia yang ada ketikanya tahu apa yang diinginkan namun kerana faktor persekitaran menyebabkannya menjadi 'kejam' dengan diri sendiri. Mereka diluar lebih tahu diri sendiri dari tuan punya diri. Yup, ada ketika merasakan diri ibarat tabung uji yang boleh diuji dan apabila sudah tidak diinginkan, ujian tersebut dianggap gagal. Membawa kita mengenal erti siapa kawan dan siapa lawan. Idea terus datang mencurah mengingatkan diri kepada seorang Professor yang selalu mengungkapkan bahawa hidup ini ibarat pentas dan kita manusia memakai topeng mengikut peredaran semasa. Mereka yang mahu bermain politik sudah pasti mempunyai topeng yang lebih dari orang biasa kerana lumrah politik suka bermuka. Depan baik belakang menikam. Dari situ kita lihat konsep sesebuah hubungan yang ada pasang surutnya kerana manusia bukan sempurna dalam semua pekara. Ada orang hidupnya mudah namun ada juga sebaliknya. Kita tak boleh terus berprasangka mengatakan semua orang mempunyai hidup yang sama dengan kita. Konsep ini kadangkala mampu menjerat kita semasa kita sedar mahupun tidak sedar.

Ada ketika jauh disudut, diri terusik dengan kisah lama, orang lama yang lebih faham kita dari orang tua kita.Mereka yang mahu jatuh dan bangun bersama kerana ikatan sangat kukuh membawa kita terkenang kisah lama. Untuk seketika diri melayan cerita lama kerana diri tahu mengenang jasa orang yang sentiasa ada bersama susah dan senang. Rindu semakin padu membawa kedalam mimpi. Moga mereka disana juga begitu hendaknya.



Ammar Afandi, 25/8/2015

2 comments:

  1. Ada orang tulisannya sangat puitis macam Fynn Jamal, ada orang tulisannya sangat menyengat macam Kadir Jasin dan ada orang tulisannya memberi inspirasi kepada masyarakat macam Tony Robbins, Robin Sharma mahupun seperti Paulo Coelho. Jadikan mereka ini sebagai rujukan dan anda mampu menjadi penulis yang baik. Jika mahu menjadi terbaik, carilah identiti penulisan yang berbeza dari mereka ini. Be different. All the best brother!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoever you are, Thank You for your advise. I really appreciate it.

      Delete