Thursday, July 29, 2010

Suka atau tak suka!!!

Beberapa hari nie, aku busy mengemaskini e-mail2 yang aku dapat dari tahun2 lepas..Bayangkan, dah dekat 1 ribu lebih e-mail yang masih tersimpan dlm folder khas yg aku create.Ada yang berguna dan ada yang perlu dibuang.Ada juga e-mail yang tak terduga dan begitu mengecewakan dari seorang sahabat.Mungkin tidak berpuas-hati dengan aku barangkali.Aku simpan utk tujuan kenang-kenangan.hohoho.Bukan nak balas dendam tetapi sekadar menyimpan sbg kenangan.Maybe jika terserempak dengan beliau, aku boleh melawak.Biasalah, darah muda.Baran di kepala sememangnya banyak.hahaha.Be cool sis/bro.Chill sket.Maybe aku akan soh ang belanja aku kelak sebab e-mail yg aku terima nie mmg buat aku tergezut...hehehe

.....................................................

Terlampau banyak sangat e-mail sampai mata pon naik juling.Tak tergamak sebenaqnya nak buang email2 yg funny,terbaikkk dll nie.ada yg bole disimpan, mmg aku simpan..Yang x bole simpan tue mmg terpaksa aku delete...

Dalam asyik melayan email2 tersebut, mata terlayan sebuah email dri seorang good frenz.Cik P nie mmg kreatif orangnya.Dibawah nie aku kongsikan ngan korang apa yg dia antaq kat aku:

.........................................................

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung aku senget kau kata takpe
gigi kena lipstik kau tak kisah juga
aku tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
kau pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Aku kata kau tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...=P

...................................................

Macam mana???.Mendalam bukan???.Korang fikirkan yg paling terbaikkkk!!.Aku sekadar berkongsi sesuatu yang boleh aku kongsi.


p/s: Banyak sangat e-mail nie...Adoiii, x larat nak delete dah..hahaha..To all my frenzo, nantikan something kat ur e-mail.Akan aku fowardkan sesuatu yg berguna..hehehe..



aMr7

Proud to be STARIAN!!!

Star….

Mendengar namamu bagaikan menggambar wajahmu…

Setiap saat….setiap detik…sering melihat keperibadianmu…

Tiada langsung cacat cela bila bebicarakan tentangmu…

Menyebabkan kecemburuan bila memikirkan mu…

Memberikan keistimewaan apabila siang…


Star…

Hari beganti hari…

Bulan beganti bulan…

Tahun beganti tahun…

Namun nama mu sentiasa diingati..

Menjadi pilihan di saban tahun….

Biarpun penghuni mu sentiasa betukar …

Namun namamu sentiasa terbela…


Star….

Gurumu sentiasa ceria…

Semangat..

Rajin..

Berwibawa…

Cemerlang….

Terbilang…

Walaupun ramai guru berlalu pergi….

Namun star tidak berubah…

Kerana gurumu aku bahagia…


Star…

Banyak kenangan yang semuanya indah….

Tidak dapat aku gambarkan dengan kata…

Tidak dapat ditukar ganti….

Hanya terima kasih aku salurkan..

Sebagai balasan selama ini…


Star…

7 tahun disana memberi pelbagai makna..

memberi aku pelbagai memori..

jatuh bangun ku hanya kau yang tahu..

dari budak mentah yang tidak mengerti..

hingga matang dan befikiran terbuka…

semuanya adalah berkat guru….

Yang tidak jemu-jemu mengajar..

Sesungguhnya jasa guru-guru tidak terbalas…

Hanya doa dan terima kasih sebagai hadiah…

Kepada guru yang banyak berjasa…


Star

Terima kasih atas segalanya…

Hanya itu mampu aku lakukan…

untuk membalas jasa yang tidak terkira…

terima kasih……..

Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman..

Doaku agar kau sentiasa berjaya…




p/s: tiba2 memori starian wujud setelah tengok picture2 menarik dri FB my general....


Ammar Afandi

Aku dah kata!!!

Aku dah kata
dia mesti tak jujur
banyak kali aku dah kata
tapi kau masih mengharap
lantaklah kat kau
aku dah kata

Aku dah kata
kawan kau tikam kau
banyak kali aku terangkan
tapi kau tak percaya
aku nak kata apa lagi
dah kau tak percaya aku

Aku dah kata
dia tu suka dekat kau
Tapi kau tak percaya
masih terhegeh-hegeh
bila dah terlepas baru nak sedih
aku dah kata kan

Aku dah kata
dia ni depan saja ok
belakang kita tak tau
tapi kau kata dia ok
aku tak kata apa dah

Aku dah kata
dia kencing kau
tapi kau tak percaya
bagi kau dia semuanya baik
lantaklah
aku tak terkata

Aku dah kata
pompuan tue baik budi bahasa
tapi kau tolak
kau kata tak sepadan
bila orang lain sambar
kau tak terkata
aku tergelak

Aku dah kata
jangan percayakan orang
kau kata dia boleh percaya
baru kenal sehari dua
kau kata
dah tau perangai mcm mana
yang aku kau kenal dari kecik
kau tak percaya
Alih-alih kau kena tipu
aku gelak sorang2

Aku dah kata
dia budak baik
kau kata aku tipu
lantaklah kau nak kata apa
aku malas nak kata apa

Aku dah kata
fikir dulu sebelum kata
kau kata ada aku kisah
bila kau kata macam tu
aku dah tak terkata

Aku dah kata
sahabat biar ramai
musuh jangan dicari
kau kata kau tahu
aku cuma tersenyum
Alih-alih kau kena belasah
kau tahulah sangat

Aku dah kata
aku cuma bagi pandangan
kau kata kau tak kisah
tapi aku tau kau ada sesuatu nak cerita
bila aku paksa
kau diam seribu bahasa
tapi aku tau
kau akan cerita satu hari nanti

Aku dah kata
jangan kata belakang-belakang
kau kata kau tahu
Bila kau kata mcm tu
aku seronok bukan kepalang
kau kata kalau kau tak puas hati
kau akan sounds depan-depan
bila kau kata mcm tu
aku gembira
sebab kau tak kata belakang aku

Aku dah kata
apa yang aku rasa
aku dah kata
apa yang terbuku
kau kata jangan risau
kalau kau tak puas hati
kau akan sounds aku depan2
aku senyum sampai ketelinga
kau still gila dan mental macam dulu2


p/s: kau faham???.tak faham ka??.aku pon x faham???..tapi kena faham sbb aku dah kata???


aMr7

Saturday, July 17, 2010

MISI rahsia!!!

Amorrrrr!!!!bangunnn...kenapa hang asyik duduk ja nie!!!.jerit suara tue.
hah???apa dia???kenapa nak kena bangun nie???..jeritku yg tidak tahu kpd siapa dituju..

laaaaa!!!apasal hang nie slow sangat nie...cepat la bangun!!!kita dalam bahaya nie!!!tegas suara itu lagi namun aku masih tidak tahu siapa gerangannya..malah muka pon tidak dpat dikesan...

ya..ya..aku nak bangun la nie...tiba2 terasa tangan aku memegang senjata M16...WOW!!!Mcm mana aku boleh.........???(baru nak rasa seronok kejap, tiba2 kepala ditampar oleh seseorang)...

Amorrr!!!knapa ngan hang arinie??1st time aku tgk hang jd bebal sampai mcm nie??cepat laaaa!!!tegasnya..
ya...ya..ya..balasku...Rupa2nya aku berada di satu misi rahsia bg menyelamat rakyat Malaysia yg diculik oleh pemberontak...

Amorrr!!!wake up dude!!...aku x tau apa kena dengan hang hari nie tp masa skang hang jgn dok wat mcm nie kat kami!!!Aku dgn Mario akan ke kiri..Hang dgn Rafael akan ke kanan..Yang perempuan tunggu sini...terang Cesc...

Baik bro!!kataku!!!

Apa hang kata??BROOO!!!I'm not ur bro??i'm ur captain???..bentaknya..
Tapi muka lu mcm sunny???..balasku..

SHUT UP AMOROSO!!!LET'S DO THIS OKKKK!!!jeritnya lagi..

Dalam kekalutan yang mencengkam tiba2 kedengaran ketawa kecil dari seseorang!!!Siapa ketawa??bentak kapten cesc!!!..X dak sapa kapten!!!balas mereka...

OK!!!semua berkumpul..(4lelaki & 3wanita)...Plan kita macam asal td!!!Faham!!!

Macam asal???bisikku...ahhhh!!!ikut la saja apa diaorang suruh..kalau bising lagi kena marah plak!!!bisikku lagi...

OK!!berpecah!!But gurls, make sure bila nampak yg mencurigakan let us know it ok!!!kata Cesc!!

Dengan muka yang bengis, misi menyelamat bermulaaaa!!!

Rafael, hang x kenal aku ka???tanyaku yang menyebabkan si rafael tepok kepala tanda kebingungan tahap gaban!!..Of course la kenal, hang "Amoroso Renato."..Agen perisikan yang berjaya di dunia...tapi sekarang nie, kita x dak masa nak menyembang kat sini...kita ada misi yang mustahak nie.!!Hang tau x siapa individu yang perlu kita selamatkan???jelas rafael...

Individu???sudahhhh!!!sapa rafael???...balasku..
Laaaaa!!!td depan kapten hang kata hang tau semuanya???..tegas rafael..
Ya laaa!!!hang pon tahu si Cesc tue buat macam bagus sangat???Aku kenal la dia sapa??..Dia tue big bro aku??.Tp entah kenapa dia nak mengamok pulak!!..balasku...
Hang nie mmg nak kena belasah dengan kapten..agak2 la nak KIPAS pon???hahaha..perasan btolll..gelak rafael...

Sekarang, disebabkan hang dah jadi bengong macam nie, just follow aku tau...tegasnya...
OK jawabku..

Sekali lagi, individu di dalam tue merupakan penasihat tertinggi kita..Kita takot maklumat kita akan dibocor oleh beliau...so, bagi mengelakkan berlakunya kejadian seumpama tue, kita kena cuba selamatkan beliau...jelas Rafael..

Owhhh!!!Jap2..yang 3 orang marka tue sapa dia ekkk???tanyaku..
Laaa hang nie!!..Kesitu pulak...!! 3 orang marka tue kan team platun kita...ejen perisikan dunia jugak!!.. x kan hang dah lupa dah kot??..aku rasa otak hang nak kena format lain la coz skang nie hang mmg memalukan..hahaha...mana perginya "amoroso renato"???...ejen terbaikkk di dunia hah???...jerit rafael kepada ku...

Sekali lagi, 3 org marka tue team kita...Caprice, atik, & mia elisha!!!FAHAM!!!jelas Rafael yang semakin bebai dengan aku...

Ok!!!!balasku...

Skang nie, aku mau hang cover aku!!aku akan serbu terus...senang sikit coz panjang sangat cerita nie...hohoho..ok???balas Rafael...Utk seketika aku terdiam!!!

1, 2, 3 bilang Rafael dan dia terus menyerbu banggunan tersebut!!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi yang begitu kuat ibarat ditembak bertalu-talu....

R.A.F.A.E.L.L.L.L!!!!teriak 3 org marka yg sepatutnya berada di tempat berkumpul...
Rafael jatuh menyembah bumi...

Amorrrrrr!!!JAGA-JAGA...belakang kau ada....................!!!!jerit mia elisha!!

Kebummmm!!!!

Tiba2 badan aku terasa kebas!!!!!
Pada masa yang sama aku melihat Cesc dan Mario terus menembak bagai orang gila.....
Badan aku semakin kebassss....Tetapi aku melihat Rafael masih lagi bernafas...
Syukur kepada Illahi kerana dia masih lagi bernafas dan bangun mendapatkan aku...
kecederaan dia hanya sedekit berbanding aku yang...................???

owhhh..TIDAKKK!!!

Kesemua team members mendapatkan aku....
Amorrrr!!!..mengucap bro!!balas cesc...
Apa??Kau panggil aku Brooooo???
Tersenyum aku utk seketika....

Bangun bro, jerit mario...
ada banyak rahsia yg aku nak cerita lagi nie!!!balas mario..
Apa???Ada rahsia lagi kah???gua ingat lu dah cita abis dah..bisikku...

Ammarrr....amarrrr..amarrrr!!!jerit suara itu...

Dengan suara yg serak aku menyahut.....YAAAAA!!!!

Bangun la...dah pukul berapa nie???
adik dah balik sekolah dah nie???.jerit suara itu..

Hah???Apa???adik dah balik sekolah???..Balasku..
Ya la...dah pkol brapa dah nie???...Kata emak..

ok2!!!.....rupa-rupanya aku bermimpi....bisik aku..
hahaha..itulah..minum lagi kopi banyak2..
sampai nak tidoq pon rasa mcm x tidoq..
asyik dok pikiaq banyak sangat..
hahahaha...
Dengan badan yang berat, aku teros bangun pergi mengambil adik aku di sekolah..


p/s:Nama & watak hanya rekaan semata-mata TETAPI mimpi tersebut benar2 menimpa aku...Tentang siapa yang berada d'dalam mimpi aku tue terpaksalah aku rahsiakan..hohoho



aMr7