Saturday, October 1, 2011

Masalah dan penyelesaiannya...


Semua orang ada masalah.Kecil, besar, sederhana besar dan bentuk apa sekalipun ia tetap merupakan satu masalah.Masalah yang kecil selalunya akan datang dan pergi.Berbeza dengan masalah besar, keberangkalian untuk dia pergi agak tipis jika kita tidak mempunyai penyelesaian yang terbaik.Apa-apa pun ia tetap suatu masalah.

Aku pelik dan pada masa yang sama berasa kagum dengan sesetengah manusia yang menganggap masalah adalah satu cara pembakar motivasi.Jujur aku terfikir pekara ini berulangkali.Masalah bertukar menjadi motivasi.Adakah boleh terjadi.Soalan ini sebenarnya ingin aku panjangkan kepada Dr Fazilah Kamsah jika berkesempatan bertemu empat mata.Jangan cakap ia hanya omongan kosong kerana aku pernah menghadiri ceramahnya cuma tidak mendapat tandatangannya untuk dijadikan koleksi.Apa yang aku merapu tetapi itulah aku.Abaikan pekara merapu.Bersambung mengenai apa yang kita bincangkan.Bukan untuk menidakkan kecekapan sesetengah manusia ini yang berani mengambil risiko dalam hidup.Masalah yang kecil berkemungkinan menjadi motivasi.Ini selalunya terserah kepada kita sendiri tetapi jika masalah besar menjadi pembakar motivasi, aku perlu mencari orang ini untuk dijadikan sifu.

Seorang sahabat memang menggunakan elemen gila kerana katanya dalam hidup kita yang dilalui saban hari, perlu ada elemen gila untuk mencapai tahap tertinggi.Persepsi anda jelas berbeza dengan aku dan aku lebih suka persepsi menguasai apa yang diungkapkan oleh sahabat aku yang 3 suku orangnya.Walaubagaimanapun, beliau merupakan genius di dalam bidangnya.Tiada penafian ke atas pekara itu.

Ada orang selalu menggunakan pendekatan lari dari masalah.Katanya masalah yang ada tidak perlu dihadapi dan lari adalah penyelesain yang terbaik.Aku sama sekali tidak bersetuju kerana masalah yang ada perlu dihadapi dengan matang dan bersifat terbuka.Jika ia datang dari diri sendiri maka kita perlu bulatkan hati menghadapinya.Tetapi jika masalah berlaku akibat dari anda dan kawan yang lain maka hadapilah secara bersama.

Bukan niat aku menjadi seorang cerdik pandai mengalahkan Dr Fazilah Kamsah tetapi hati dan kepala otak yang serabut ini sekadar berkongsi apa yang aku ingin kongsikan.Jika ada masalah, hadapinya dan mencari penyelasaian yang terbaik...

Aku menulis entri ini juga kerana mempunyai masalah.Tugasan yang bertimbun memerlukan kepantasan menaip yang tinggi sedangkan aku bukanlah jurutaip yang laju menaip.Pekara-pekara berkumpulan perlu dikongsi bersama supaya setiap ahli dari kumpulan itu merasai keperitan yang dihadapi.Jangan kita hanya memberi arahan dan pendapat tetapi tindakannya tidak berjalan walaupun sedetik.

Sekali lagi aku membebel pekara-pekara yang tidak perlu dibebelkan kepada sesetengah orang.

7 comments:

  1. tang last ... macam tak puas hati kat sapa2 ja, hehehe

    nasib baikk aku ikut trend evolusi blog ang, kalu x ... lagi haru biru ~_^

    ReplyDelete
  2. aku suka org bagi pandangan tetapi tindakan juga perlu kita laksanakan...x boleh hanya sekadar pandangan tapi abaikan tindakan....

    ok x blog aku mcm nie..

    ReplyDelete
  3. tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi menghadap Illahi...;)

    ReplyDelete
  4. masalah tak habis2...hehehe

    ReplyDelete
  5. biasa la sis...

    ReplyDelete
  6. masalah sebahagian dari hidup brostar...

    ReplyDelete
  7. yup...part of our life...

    ReplyDelete