Sunday, October 2, 2011

Perfectionist @ Kesempurnaan

Perfectionist @ Kesempurnaan merupakan pekara yang aku ingin panjangkan di dalam blog picisan yang senantiasa serabut.Yup, ia serabut mengikut owner blog ini yang sentiasa merasakan dirinya seorang cool dan boleh handle semua pekara walhal kepala otak senantiasa serabut.

Ada orang mencari Perfectionist @ Kesempurnaan dalam semua pekara dan aspek.Aku pernah bersama mereka yang mencari Perfectionist @ Kesempurnaan dalam kesemua pekara.Mereka akui bukan semua pekara boleh sempurna tetapi yang aku kagum dengan mereka kerana berusaha untuk menjadi yang terbaik.Mereka tak mahu berada di tengah-tengah kerana bagi mereka untuk menjadi yang terbaik, mereka perlu berusaha.Itu dalam aspek pelajaran.Berbeza dengan aspek-aspek lain seperti hubungan dengan pasangan.Anda boleh nilai dan persepsi tersebut anda sendiri tafsirkan mengikut budi bicara anda sendiri.

Sesungguhnya, aku bukannya seorang Perfectionist kerana aku adakalanya tersasar dari pekara yang aku tetapkan.Tetapi, disebabkan aku sering berada dikalangan orang Perfectionist, maka dalam beberapa aspek aku terkena tempiasnya.Aku agak serius dalam pekara yang melibatkan benda yang aku minat.Aku juga serius dengan apa yang menjadi pegangan hidup aku.Aku menjadi lebih serius jika sesuatu pekara melibatkan masa depan aku.Sebagai pelajar, aku mengharapkan Perfectionist @ Kesempurnaan dalam setiap tugasan aku, pelajaran aku dan sebagainya.Tetapi adakalanya aku tersasar juga kerana keserabutan dan kemalasan kadang-kadang menguasai aku.Walaubagaimanapun, Perfectionist @ Kesempurnaan telah sedikit sebanyak mengajar aku menghargai apa yang ada.Selagi aku bernyawa, aku ingin membuat yang terbaik di dalam hidup.Selepas berusaha, barulah kita tawakal dengan apa yang dilaksanakan.Paling penting usaha sebelum tawakal.

Aku berterima kasih kepada those people yang menjadi tulang belakang aku selama ini.Sejujurnya, aku menghargai mereka yang mengajar aku erti tidak berputus asa dan cuba menjadi Perfectionist @ Kesempurnaan dalam pekara yang serius terutamanya dalam soal pelajaran.

7 comments:

  1. Mencari kesempurnaan dalam hidup??I need that bro...

    ReplyDelete
  2. Chucky: Yes bro...Chaiyok..Agi idop agi ngalaban...

    Member lama:u kena akui bahawa bukan semua manusia sempurna kecuali dia yang satu..u should admit that...mencari kesempurnaan dalam hidup terlampau subjektif.u mau kejayaan atau u mau kebahagiaan dalam hidup ataupun u mengharapkan lebih dari itu...bagi i, u boleh lihat dalam konteks yang luas sista...

    bulatkan hati dan fikir apa sebenarnya u mahukan..entri i nie cuma melihat dan menginginkan kesempurnaan dalam pelajaran i...i need to work hard to make my dream come true...but i still berpijak di bumi yang nyata...

    Shoot for the moon, even if u miss it, u will land among the stars...remember that my big sissy...

    ReplyDelete
  3. big sissy???i x mau sissy??better u used sista my big bro...

    Thanks a lot bro..need to muhasabah diri for a while...

    ReplyDelete
  4. Sorry2...x sengaja..hehehe

    sama2 kita muhasabah diri sista..

    ReplyDelete
  5. selagi kita mampu, kita perlu buat yang terbaek...perfectionist @ kesempurnaan ni terlampau subjektif...aku mmg setuju...

    ReplyDelete
  6. agi idup agi ngalaban....

    ReplyDelete