Sunday, November 16, 2014

Tiada tajuk?

Tatkala kepala berfikir tanpa henti akibat dari dos nescafe yang berlebihan, mendengar seleksi lagu 'oldskol' mengingatkan diri mengenai banyak pekara. Perkara yang menjadi satu kemestian sebelum diri terus melangkah. Melangkah agar tidak tersadung dan terjatuh. Membawa persoalan yang belum terjawab. Jiwa tenang melihat pekara-pekara yang mengembirakan namun pada masa yang sama perlu serius dalam merencanakan sesuatu perancangan.

Mencuba dan terus mencuba tidak akan pernah hilang namun ada ketikanya kita perlu akur dan mencari jalan penyelesaian yang terbaru. 'Kalau plan A tak menjadi, masih ada plan B, C, D, E........Z'. Paling utama jangan pernah putus harapan. Harapan itu perlu bersama usaha. Usaha yang ada ketikanya mampu mencapai tahap yang tertinggi. Paling penting jangan berhenti selagi kepuasan tidak tercapai.

Duduk seketika memandang kebelakang. Manis dan pahit telah dirasai. Manis yang ada, kita bawa bersama sebagai pengubat duka pada masa hadapan. Pahit yang dirasai kita tinggalkan supaya ia menjadi sejarah yang tidak akan kita ulang. Kita belajar melalui kesilapan. Kesilapan sebenarnya mampu menjadi tonik terbaik untuk diri terus melangkah dan ia sebenarnya proses pembelajaran yang walapun pahit tapi ia berbaloi dan mempunyai nilai yang tinggi. Namun begitu harus diingat bahawa kesilapan yang kedua tidak lagi menjadi pengajaran tetapi ia sebenarnya pilihan yang dipilih. Kita yang memilih untuk melakukannya berulang kali. 'Kesilapan yang pertama adalah pengajaran yang berguna tetapi kesilapan yang sama berulang kali adalah pilihan'. Itu pasti.

Di saat diri terus menaip tanpa ada sebarang draft, alunan suara dari Maliq D' Essential , AC-DC dan Gun N Roses memecah kesunyian. Lagu-lagu yang terbaik dan masih menjadi pilihan dari beberapa lagu yang ada pada waktu ini. Hilangnya rentak dan lirik yang puitis merupakan tamparan yang berat kepada ahli muzik. Namun begitu, masih ada beberapa lagu pada  ketika ini yang puitis dan rentak yang memukau menjadi kegilaan diri ini. Walaubagaimanapun, lagu tersebut tidak menjadi kegilaan masyarakat. Hentakan dan tamparan yang padu hinggap dikepala membawa satu dimensi yang tidak terungkap.

Seronok sebenarnya apabila mendengar lagu-lagu yang hebat kerana mampu memberi semangat yang berpanjangan. Namun begitu, jangan dilupa dia yang Satu. Dia maha segalanya. Pohon dan mintalah kepadanya agar diri terus diberikan ilham untuk memudahkan setiap pekerjaan yang ingin dilakukan. Agar hidup dipermudahkan bagi menyiapkan beberapa pekara yang sepatutnya sudah disiapkan.

Diri alpa. Manusia alpa. Manusia mudah lupa? Hanya jauhari yang mengenal manikam. Memberi alasan ibarat memotong leher sendiri. Alasan yang diberikan sudah lapuk. Jangan suka memberi alasan kerana ia mampu menjadikan kita masyarakat yang suka memberi alasan sehingga terbawa-bawa kepada mentaliti kelas ketiga. Kita ada kemudahan tahap dunia, antara yang terbaik didunia tetapi masyarakatnya mentaliti kelas ketiga. Dimana silapnya jika pekara ini berlaku? Tepuk dada tanya...

Untuk seketika diri ini mengeluh panjang kerana beberapa pekara namun bak kata Dr Asri  'Tak salah kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada"...

2 comments:

  1. Bila Ammar Afandi berbicara panjang, mengeluh mengenai sesuatu tetapi tetap ceria bila berbicara. I got your back brother.

    ReplyDelete