Wednesday, February 11, 2015

Tiada Tajuk

Banyak perkara yang terjadi akhir akhir ini. Membawa kita mengenal siapa diri kita dan bagaimana kita untuk menerima dan menghadapinya. Ada orang mampu menghadapinya dengan mudah namun ada sesetengah dari kita pula lebih suka lari dari masalah dan membiarkannya lenyap begitu sahaja. Lari dari masalah bukannya pekara yang baik kerana ia sebenarnya membuatkan diri anda menjadi sangat sukar. Percayalah. Apa yang perlu dilakukan? Hadapi dengan senyuman dan perlu waras dan bijak dalam menghadapi segala kemungkinan. Mahukan tips?


Kita bercakap mengenai konflik dalam diri, konflik dengan individu dan konflik dengan masyarakat dengan lebih besar mengikut perspektif ruang minda otak serabut. Jujur apabila bercakap mengenai konflik, kita merasakan bahawa konflik dengan masyarakat dan konflik dengan individu lain adalah lebih sukar dan mampu membawa kepada perpecahan yang lebih besar. Setuju. Itu sememangnya akan berlaku jika tidak ditangani secara baik namun kita lupa bahawa konflik dengan diri mampu memberi kesan yang sangat mendalam kepada mereka yang menghadapinya sehinggakan sampai satu tahap berlaku dua pendapat secara serentak di dalam satu minda yang sedang memberontak. Ia sebenarnya membawa kita kesatu dimensi lain. Dari situ jika tidak ditanggani dengan berkesan mampu memberi kesan yang sangat hebat kepada mental. Belum ada fakta yang kukuh tetapi jika diri selalu bercakap sendiri dan hanya memikirkan dunia dalam ruang dimensi sendiri sahaja sudah pasti kesan mental itu mencapai tahap yang tertinggi.

Untuk seketika diri cuba membiarkan jari jemari menaip apa yang ingin diluahkan kerana ia perlu bagi menghilangkan resah yang berpanjangan. Resah ada ketikanya membawa kita kesatu tempat yang belum pernah tercapai akal fikiran. Bebannya sangatlah besar dan mampu membuatkan mereka yang merasakannya tunduk rebah jatuh kebumi. Lain orang lain resahnya. Kita diuji mengikut keupayaan kita. Itu pasti bagi mereka yang mempercayai DIA diatas.



Diam tidak bermakna kita kalah. Tidak bermakna juga kita seri atau menang. Kita diam kerana tidak mahu menjadi seperti mereka yang meludah kelangit dan jatuh kemuka sendiri. Ilmu yang ada kita jadikan benteng yang terbaik untuk menangkis setiap dakyah kerana tanpa ilmu kita hanyalah insan kosong yang tiada kekuatan. Ilmu yang ada juga tidak bermaksud kita perlu bermegah megah kerana kita sejak dari dulu diajar untuk menjadi diri kita, menunduk kebawah tanpa ada sedikitpun riak kerana menjadi diri kita sebenarnya lebih susah. Itu yang diajar dari dulu dan ia akan tetap menjadi sebegitu. Sekali lagi diri menulis sesuatu yang bagi orang lain sesuatu yang tidak penting. Walaubagaimanapun ada cara yang terbaik untuk menghadapinya dan untuk seketika ia tetap sesuatu yang melazatkan dan akan menjadi pengajaran yang sangat berguna.

Sambil diri terus menaip tanpa henti, ada sesuatu yang perlu untuk diri berkongsi supaya mereka yang kenal dengan lelaki ini akan terus besyukur kerana 'jika dia boleh, takkan kita yang normal tak boleh'. Beliau adalah Nick Vujicic. Pakar motivasi yang popular dan apa yang menarik adalah beliau OKU dan beliau mampu membuatkan mereka di luar sana untuk terus berjuang dan jangan pernah putus harapan dalam hidup. Ada beberapa video beliau yang sangat menarik di YouTube. Jika tidak keberatan ambil sedikit masa untuk naikkan semangat motivasi anda supaya sentiasa berjuang dan tidak pernah putus harap. Buku buku beliau juga boleh didapati di kedai buku berdekatan. Semuanya terbaik.

Sumber: Nick Vujicic Facebook page.

No comments:

Post a Comment