Friday, August 21, 2015

Ada Ketika

Ada ketika
Duduk memikirkan
Perjalanan yang dilalui
Penuh berliku
Penuh mencabar
Penuh pancaroba
yang sukar digambarkan

Ada ketika diri letih
dengan umpatan
dengan cacian
dengan ugutan
yang berpanjangan
tidak sekali pun berhenti
mereka manusia yang tidak tahu untung

Ada ketika diri rindu
dengan cerita lama
dengan orang lama
dengan mereka yang faham
dan satu kepala
kerana mereka tahu
diri ini lebih dari tua nya

Ada ketika
diri ibarat bola
disepak sana
disepak sini
membawa diri diam seribu

Untuk seketika 
Diri ini perlu bangun
mempertahankan yang benar
bukan bermuka
bukan bersikap hipokrasi
bukan perangai si gila bernama Ammar
Untuk seketika aku tahu
apa yang aku rencanakan
apa yang ingin aku lakukan
apa kehendak diri
mungkin kurang menyenangkan mereka
tetapi aku perlu sedikit ruang

Aku tidak mahu terlalu selesa
kerana selesa itu mampu membunuh
selesa itu mampu membuatkan aku alpa
kepada Sang Pencipta
Untuk seketika Si Ammar
bercerita... Ada ketika... Ya ada ketika... 

4 comments:

  1. Something bother you my brother. Your words so deep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's complicated but usually still complicated right. Hahaha

      Delete
    2. I know you very well brother. Call me when you need me? We might not often talks or meet but you still have me if anything bothering you. You always be there for me dude, It's time for me to do the same thing like what you did. Call me ya? Or whatsapp me also can bro.

      Delete
    3. Sis, Thanks. I really appreciate it. I see you later. Salute!

      Delete