Monday, October 24, 2011

Funny Cartoon# 3:Yes i can!!!

Ceritera Seminggu...

Seminggu yang membawa pelbagai cerita.Seriously, banyak benda yang boleh kita sembang di kedai mamak dengan topik seminggu yang lepas.Nak nampak old skul sikit kita gelarkan "detik seminggu yang lalu"...(Sila terus membaca jika ingin tahu apa yang aku tengah merepek sambil layan kopi.)

Paling banyak disembangkan sudah pasti pembunuhan Muammar Gaddafi oleh tentera yang dianggotai rakyatnya sendiri sambil ada tangan-tangan luar yang gatal membantu.Topik atau isu ni memang banyak diberi perhatian oleh media massa.Seorang pemimpin yang tersungkur di tangan rakyatnya sendiri.Aku tak mau sentuh lebih pasal isu ni coz aku dah kata aku cuma nak nyatakan pekara yang menarik perhatian aku dalam seminggu yang lepas.Jangan suruh aku buat analisis pula.hehehe..Dapatkan suratkhabar semalam untuk cerita lebih lanjut or boleh layan akhbar2 online antarabangsa yang lain..

Selain cerita Muammar Gaddafi yang sedang hangat, cerita mengenai banjir di negara jiran kita iaitu Thailand belum menampakkan akan pulih.Musibah yang berlaku membawa kita lebih berjaga-jaga terutamanya negeri-negeri yang dekat dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan...Buat masa ni, alhamdulillah tiada apa yang berlaku.Cuma hujan setiap petang yang membawa kerisauan penduduk setempat.Walau apa pun, hujan itu rahmat.Hopefully, kerisauan penduduk setempat tidak berpanjangan.

Paling menarik perhatian aku serta masyarakat dunia sudah pasti isu yang berlaku di China.Isu apa tu bro???Kalau isu ni pun tak tau, sememangnya anda berada dibawah tempurung yang berlapis-lapis.Isu seorang budak malang China terbiar tidak diperdulikan akibat dilanggar kereta.Terbaru kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia.Ramai yang mempertikaikan dimana tahap keprihatinan penduduk di situ yang lalu-lalang tanpa membantu menyelamatkan si kecil tersebut.Banyak analisis dibuat oleh beberapa blogger famous dan kita sebenarnya bukan mempertikaikan undang-undang negara berkenaan.Seriously, bukan aku untuk mempertikaikan undang-undang negara tersebut tetapi aku lebih suka menyentuh sejauh mana tahap keprihatinan masyarakatnya.Perlukah takut untuk melakukan kebaikkan?.Tepuk dada tanya diri sendiri!!!.Finally seorang nenek tua membantu dan beliau dianggap wira oleh masyarakat dunia..

..................................

Di Malaysia sudah pasti cerita mengenai Himpunan Sejuta Umat yang menarik perhatian Umat Islam di negara tanah tumpahnya darahku.Bukan bersifat politik tetapi lebih kepada mempertahan kesucian agama islam.Penganjuran seperti ini sememangnya memberi kebaikan kepada semua pihak.Hopefully, ia diteruskan pada masa hadapan.

Selain itu, isu menarik di laman sosial adalah dua orang wanita yang berebut seorang lelaki.Member aku kata "Biasalah tu bro kalau pompuan berebut boypren".Yup, memang biasa tetapi yang ingin disentuh adalah bagaimana wanita-wanita ini memalukan diri sendiri dan video pergaduhan dikedai kasut sudah bersepah dilaman sosial.Maruah lebih penting dari berebut seorang lelaki.Betul atau tidak, ia persepsi masing2.Bagi aku, maruah ibu bapa yang lebih dan perlu diutamakan.

................................

Cerita aku???.Untuk seminggu yang lalu, ada beberapa pekara yang aku fokuskan.Selain pekara yang melibatkan pemikiran kritikal yang perlu dihadapi 2 minggu lebey saja lagi, aku agak sibuk dan cuba membuatkan diri sibuk dengan beberapa pekara serius.hehehe.Sound serious??Abaikannn!!!

Tiba-tiba mood melayan lagu-lagu Frank Sinatra menghantui aku beberapa mingu lepas.Saban hari terngiang-ngiang lagu Young at Heart.Aku pon tak sure.Maybe dah lama tak dengar kot.Sambil layan Frank Sinatra, buku komik LAT menemani aku.Seriously untuk minggu kebelakang yang lepas, buku LAT menemani aku after aku layan buku-buku yang melibatkan pemikiran kritikal.LAT, anda sememangnya terbaikkk!!!




Paling tidak dapat dilupakan dan akan menjadi buah mulut orang untuk beberapa minggu atau boleh jadi sampai beberapa bulan kehadapan sudah pasti kekalahan team fav aku Manchester United.Seriously, aku sendiri tak sangka tetapi kekalahan besar di halaman keramat di Old Trafford memang tidak boleh diterima pakai.Untuk beberapa bulan kehadapan, aku off akaun FB aku...hehehe...Bukan tak boleh terima hakikat dan kutukan tetapi member aku yang membenci Man Utd adalah berskala besar dan aku very2 sure yang wall aku akan dihantui oleh kutukan mereka...hehehe..Memang agak kecewa dan sedih sebab Man City sebuah kelab yang terlalu bising sudah beat home record di Old Trafford dan kad merah evans memang membuatkan aku mengamuk tetapi bila berfikir di luar kotak berjuta kali, meletakkan kesalahan kepada evans adalah tidak adil kerana beliau sudah cuba yang terbaik tetapi tekanan mempengaruhi tindakan yang dilakukan beliau serta sedikit kealpaan defenders Man Utd yang tidak terurus.(tengah bodek hati yang kecewa...huhuhu)..WE MISS U VIDIC!!!Namun, as Manchester United Fans aku sentiasa B.E.L.I.E.V.E yang kami(Man Utd) akan bangkit dan tak akan memandang kebelakang serta cuba yang terbaik untuk memenangi kesemua kejuaraan.Itulah Manchester United.

The Boss said:
"You have to recover.In the history of Manchester United, it is another day and we'll recover from this, there's no question about that"


Darren Fletcher said:
"We realise how much this result has hurt the fans and how they'll go into work on monday and get a lot of stick, but the players are hurting just as much"


Ammar Afandi a.k.a Amoroso Renato said:
"We always behind you.No doubt about that".

Friday, October 21, 2011

Funny Cartoon# 2: Hey Amor, this cartoon remind me to u!!!

Motivasi terbaikkk!!!

Dalam entri dulu, aku ada post mengenai "Bila motivasi turun, mulalah mencari ayat yang membangkitkan motivasi".Aku percaya setiap dari kita mempunyai satu ayat atau lebih untuk membangkitkan atau menyedarkan kita yang kadang-kala leka dengan kehidupan yang dilalui.Aku antara mereka yang selalu leka namun jika aku selalu terleka, aku selalu meminta petunjuk daripada-Nya dan aku kerapkali melayan video-video dibawah supaya aku mendapat inspirasi terbaikkk dalam melakukan apa yang perlu dilakukan.

Bukan saja motivation words yang menjadi peneman tetapi beberapa video yang sering aku tonton tanpa jemu menemani aku bila mood aku down.Video di bawah adalah sebahagian dari fav video aku.Aku percaya ramai yang sudah melihatnya dan ada juga yang menyimpannya sebagai koleksi peribadi.Namun begitu, kepada mereka diluar sana yang masih belum pernah menonton video ini, anda dinasihatkan meluangkan masa beberapa minit dan fahami apa yang cuba disampaikan di dalam video ini.For sure, anda akan mendapat kepuasan tahap dewa, menghargai apa yang ada, sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan terus bersyukur kepada-NYA.






Diharapkan video2 seperti ini mampu sekurang-kurangnya menyedarkan kita dari kealpaan serta menjadikan diri lebih bermotivasi.Kepada mereka diluar sana yang sentiasa beranggapan "malas atau penat untuk meneruskan hidup" maka video kedua tersebut adalah tonik terbaikkk..Mudah-mudahan video yang aku kongsi ini memberi seribu makna.

Sekali lagi aku memetik kata2 Ungku Aziz:

Sekali baca kita tersenyum
Dua kali baca kita tersengih
Tiga kali baca kita terasa
yang selebihnya tue
,
Faham-fahamlah...

Funny Cartoon # 1: No commento!!!

Click picture utk tumbesaran tahap melampau

Wednesday, October 12, 2011

Thursday, October 6, 2011

Insomnia...

Aku suka filem nie disebabkan pengarahnya iaitu Christopher Nolan.Pelakon-pelakon kelas A yang terbaik seperti Al Pacino, Robin William & Hillary Swank dan ramai lagi.

Tetapi untuk seketika aku berada dalam keadaan insomnia.Susah tidor maybe sbb banyak pekara yang memerlukan aku berfikir.Yup, aku seorang yang terlalu banyak berfikir dan kadang-kadang berfikir benda-benda yang tak perlu difikirkan oleh individu yang lain.Contoh???Hmmm...

Tapi utk kali ini aku berfikir pekara-pekara yang bermanfaat dan ini faktor utama tidor aku bermasalah...huhuhu...Hopefully, ia hanya sementara....

R.I.P Steve Jobs...

Legasinya cukup mengkagumkan hingga menciptakan kekaguman kepada pesaingnya dan masyarakat dunia.Steve Jobs, anda sememangnya genius.Pergi untuk selamanya dengan meninggalkan legasi yang cukup besar.You're truly the "Thomas Edison" of 21st century.





Source: Apple.com



Berikut antara quote beliau:

“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma - which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”
—Steve Jobs

"Do you want to spend the rest of your life selling sugared water or do you want a chance to change the world?"-Steve Jobs


Sunday, October 2, 2011

Perfectionist @ Kesempurnaan

Perfectionist @ Kesempurnaan merupakan pekara yang aku ingin panjangkan di dalam blog picisan yang senantiasa serabut.Yup, ia serabut mengikut owner blog ini yang sentiasa merasakan dirinya seorang cool dan boleh handle semua pekara walhal kepala otak senantiasa serabut.

Ada orang mencari Perfectionist @ Kesempurnaan dalam semua pekara dan aspek.Aku pernah bersama mereka yang mencari Perfectionist @ Kesempurnaan dalam kesemua pekara.Mereka akui bukan semua pekara boleh sempurna tetapi yang aku kagum dengan mereka kerana berusaha untuk menjadi yang terbaik.Mereka tak mahu berada di tengah-tengah kerana bagi mereka untuk menjadi yang terbaik, mereka perlu berusaha.Itu dalam aspek pelajaran.Berbeza dengan aspek-aspek lain seperti hubungan dengan pasangan.Anda boleh nilai dan persepsi tersebut anda sendiri tafsirkan mengikut budi bicara anda sendiri.

Sesungguhnya, aku bukannya seorang Perfectionist kerana aku adakalanya tersasar dari pekara yang aku tetapkan.Tetapi, disebabkan aku sering berada dikalangan orang Perfectionist, maka dalam beberapa aspek aku terkena tempiasnya.Aku agak serius dalam pekara yang melibatkan benda yang aku minat.Aku juga serius dengan apa yang menjadi pegangan hidup aku.Aku menjadi lebih serius jika sesuatu pekara melibatkan masa depan aku.Sebagai pelajar, aku mengharapkan Perfectionist @ Kesempurnaan dalam setiap tugasan aku, pelajaran aku dan sebagainya.Tetapi adakalanya aku tersasar juga kerana keserabutan dan kemalasan kadang-kadang menguasai aku.Walaubagaimanapun, Perfectionist @ Kesempurnaan telah sedikit sebanyak mengajar aku menghargai apa yang ada.Selagi aku bernyawa, aku ingin membuat yang terbaik di dalam hidup.Selepas berusaha, barulah kita tawakal dengan apa yang dilaksanakan.Paling penting usaha sebelum tawakal.

Aku berterima kasih kepada those people yang menjadi tulang belakang aku selama ini.Sejujurnya, aku menghargai mereka yang mengajar aku erti tidak berputus asa dan cuba menjadi Perfectionist @ Kesempurnaan dalam pekara yang serius terutamanya dalam soal pelajaran.

Saturday, October 1, 2011

Masalah dan penyelesaiannya...


Semua orang ada masalah.Kecil, besar, sederhana besar dan bentuk apa sekalipun ia tetap merupakan satu masalah.Masalah yang kecil selalunya akan datang dan pergi.Berbeza dengan masalah besar, keberangkalian untuk dia pergi agak tipis jika kita tidak mempunyai penyelesaian yang terbaik.Apa-apa pun ia tetap suatu masalah.

Aku pelik dan pada masa yang sama berasa kagum dengan sesetengah manusia yang menganggap masalah adalah satu cara pembakar motivasi.Jujur aku terfikir pekara ini berulangkali.Masalah bertukar menjadi motivasi.Adakah boleh terjadi.Soalan ini sebenarnya ingin aku panjangkan kepada Dr Fazilah Kamsah jika berkesempatan bertemu empat mata.Jangan cakap ia hanya omongan kosong kerana aku pernah menghadiri ceramahnya cuma tidak mendapat tandatangannya untuk dijadikan koleksi.Apa yang aku merapu tetapi itulah aku.Abaikan pekara merapu.Bersambung mengenai apa yang kita bincangkan.Bukan untuk menidakkan kecekapan sesetengah manusia ini yang berani mengambil risiko dalam hidup.Masalah yang kecil berkemungkinan menjadi motivasi.Ini selalunya terserah kepada kita sendiri tetapi jika masalah besar menjadi pembakar motivasi, aku perlu mencari orang ini untuk dijadikan sifu.

Seorang sahabat memang menggunakan elemen gila kerana katanya dalam hidup kita yang dilalui saban hari, perlu ada elemen gila untuk mencapai tahap tertinggi.Persepsi anda jelas berbeza dengan aku dan aku lebih suka persepsi menguasai apa yang diungkapkan oleh sahabat aku yang 3 suku orangnya.Walaubagaimanapun, beliau merupakan genius di dalam bidangnya.Tiada penafian ke atas pekara itu.

Ada orang selalu menggunakan pendekatan lari dari masalah.Katanya masalah yang ada tidak perlu dihadapi dan lari adalah penyelesain yang terbaik.Aku sama sekali tidak bersetuju kerana masalah yang ada perlu dihadapi dengan matang dan bersifat terbuka.Jika ia datang dari diri sendiri maka kita perlu bulatkan hati menghadapinya.Tetapi jika masalah berlaku akibat dari anda dan kawan yang lain maka hadapilah secara bersama.

Bukan niat aku menjadi seorang cerdik pandai mengalahkan Dr Fazilah Kamsah tetapi hati dan kepala otak yang serabut ini sekadar berkongsi apa yang aku ingin kongsikan.Jika ada masalah, hadapinya dan mencari penyelasaian yang terbaik...

Aku menulis entri ini juga kerana mempunyai masalah.Tugasan yang bertimbun memerlukan kepantasan menaip yang tinggi sedangkan aku bukanlah jurutaip yang laju menaip.Pekara-pekara berkumpulan perlu dikongsi bersama supaya setiap ahli dari kumpulan itu merasai keperitan yang dihadapi.Jangan kita hanya memberi arahan dan pendapat tetapi tindakannya tidak berjalan walaupun sedetik.

Sekali lagi aku membebel pekara-pekara yang tidak perlu dibebelkan kepada sesetengah orang.